web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Tawar Kuota Internet Tambahan Percuma Sempena Aidilfitri

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2023 7:00PM

Pelanggan dinasihati menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengguna pakej prabayar akan menikmati kuota internet tambahan percuma dan pulangan tunai sempena Aidilfitri ini, bagi tempoh tertentu hingga 31 Mei depan.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, inisiatif itu disediakan secara kerjasama strategik antara kementeriannya melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Katanya, ia berlandaskan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, membabitkan Maxis, CelcomDigi, Unifi Mobile, Umobile dan YES.

“Bagi Maxis pengguna akan menikmati bonus 100GB dengan pelan internet HotlinkMU.

“Tempohnya adalah tertakluk kepada tempoh sah laku pas dibeli, iaitu hingga 15 Mei,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, CelcomDigi akan menawarkan Pelan video HD 555GB RM5 untuk melayari video dan tempoh sah lakunya adalah selama empat hari hingga 15 Mei.

“Unifi Mobile pula memberi pulangan tunai RM5 dengan pelan internet prabayar 4G/5G, RM35 untuk data 4G dan 5G tanpa had dan panggilan tanpa had selama 30 hari,” katanya.

Fahmi berkata, bagi Umobile, penggunanya akan menerima bonus 10GB dengan pelan Pakej Perpaduan yang sah hingga 31 Mei.

“YES menawarkan bonus 44GB data dengan tempoh sah laku selama tujuh hari yang sah hingga 15 Mei,” katanya.

Pada masa sama, Fahmi berkata, kemudahan disediakan tertakluk kepada terma dan syarat syarikat penyedia perkhidmatan.

Menurutnya, pelanggan dinasihati menghubungi penyedia perkhidmatan masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Usaha kerajaan dan semua syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu, katanya, selari dengan konsep RAHMAH dalam meringankan kos sara hidup serta sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat.

“Diharapkan kemudahan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya pengguna pakej prabayar sempena musim perayaan ini,” katanya. - Getaran, 18 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

3

Jelajah 5 bulan yang lalu

Terokai Shanghai Dalam Masa Kurang 24 Jam Secara Percuma

4

Ekonomi 5 bulan yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang