web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MITRA Berwajah Baharu, Bakal Adakan Sidang Media Hari Ini - Ramanan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 9:24AM

Ramanan Ramakrishnan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas sekian lama terpalit dengan pelbagai dakwaan penyelewengan dan skandal, Jawatankuasa Khas bagi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) bakal berwajah baharu.

Ia susulan pelantikan Ahli Parlimen Sungai Buloh, Datuk Ramanan Ramakrishnan yang dilantik sebagai Pengerusi berkuatkuasa baru-baru ini.

Mengesahkan perkara itu kepada Getaran, Ramanan ketika dihubungi lewat malam tadi berkata, beliau menerima mandat berhubung pelantikan berkenaan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, mesyuarat pertama MITRA melibatkan empat lagi Ahli Jawatankuasa (AJK) yang baru dilantik akan diadakan hari ini.

“Mesyuarat itu nanti akan membincangkan hala tuju dan perancangan MITRA selepas ini.

“Kita akan adakan sidang media selepas mesyuarat,” katanya.

Ramanan yang juga Timbalan Ketua Penerangan PKR dilantik sebagai Ahli Parlimen Sungai Buloh, selepas menewaskan mantan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) November tahun lalu.

Itu adalah penampilan sulung Ramanan pada PRU selepas sekian lama menceburi dunia politik.

Dalam perkembangan berkaitan, Ramanan memberitahu, empat AJK MITRA yang baru dilantik itu terdiri daripada wakil pelbagai komponen Pakatan Harapan (PH) termasuk MIC dan DAP, selain PKR sendiri.

“Mereka terdiri daripada Ahli Dewan Negara, Senator, Datuk Sivarrajh Chandran, Ahli Parlimen Klang, Ganabatirau Veraman, Ahli Parlimen Segamat, Yuneswaran Ramaraj dan Ketua Pengarah MITRA, Raveendran Nair Kesavan Nair,” katanya.

Jelas Ramanan, MITRA yang dijenamakan semula akan memberi fokus kepada objektif utama penubuhannya selama ini iaitu memperkasa komuniti India tempatan, khususnya dari golongan B40.

“Kita semua tahu MITRA sebelum ini dikenali sebagai Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC).

“Apabila Barisan Nasional (BN) tewas pada PRU-14, kerajaan PH menukar namanya kepada MITRA dan ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri, ia diletak di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri (JPM),” katanya. - Getaran, 19 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tanah Jerlus: Operasi SAR Dihentikan, Kini Masuki Fasa 'Search And Recovery'

3

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Tingkat Hubungan Dengan India, Raih Komitmen Pelaburan RM4.5 Bilion

4

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 9 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 11 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini