web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


HWP : Rakyat, Sila Beri Input Dan Cadangan - KKM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Apr 2023 9:24AM

Dr Zaliha Mustafa ketika menghadiri Sesi Town Hall Kertas Putih Kesihatan bagi Zon Tengah di Hotel Zecon semalam - Gambar Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang awam disaran untuk memberikan input, cadangan dan pandangan mengenai sistem kesihatan negara melalui laman web Kertas Putih Kesihatan (HWP).

Jurucakap Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, semua input atau cadangan tersebut boleh dihantar menerusi pautan www.moh.gov.my/kertasputihkesihatan

Menurut beliau, HWP menterjemah pelan reformasi kesihatan negara dengan menggariskan cabaran dan limitasi utama dihadapi oleh sistem kesihatan.

“Ia turut mengemukakan cadangan reformasi kesihatan yang bersifat holistik, inklusif dan responsif terhadap keperluan kesihatan rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas jurucakap itu, KKM telah merangka sesi Town Hall bagi memperkasa usaha dalam menguar-uarkan inisiatif reformasi kementerian, ke arah sistem yang lebih mampan dan sistematik.

“Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa telah menghadiri Sesi Town Hall Kertas Putih Kesihatan bagi Zon Tengah di Hotel Zecon di sini semalam.

“Sesi Town Hall ini akan diteruskan di Sarawak, Sabah, Zon Utara, Zon Selatan, dan Zon Pantai Timur selepas ini,” katanya.

Menurut beliau, HWP merupakan antara inisiatif pelan tindakan bagi reformasi sistem penjagaan kesihatan Malaysia.

“Ia akan diperkenalkan sebagai pendekatan baharu untuk mentransformasikan sistem penjagaan kesihatan negara,” katanya.

Difahamkan, HWP berasaskan kepada empat tonggak utama iaitu mentransformasi penyampaian perkhidmatan kesihatan,  mempertingkatkan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit, memastikan pembiayaan kesihatan yang mampan dan saksama serta memperkukuh asas sistem kesihatan dan tadbir urus. 

Ia dijangka dibentangkan di Parlimen Jun nanti.

Turut hadir pada sesi Town Hall semalam ialah Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), Datuk Seri Norazaman Ayob,  Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Datuk Zainal Alhakab Seman.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Asmayani Khalib, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Pengarah Bahagian Perancangan Dr Rozita Halina Tun Hussein, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud, Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Indera Sha’rani.

Pengarah Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Dr Nor’aishah Abu Bakar dan Panel Penasihat, Profesor Datuk Dr Syed Mohamed Al Junid. - Getaran, 19 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 4 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global