web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ambil Langkah Pencegahan Jika Berada Di Kawasan Jerebu, Panas - Dr Zaliha

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 11:55AM

Penduduk di kawasan yang memiliki kualiti udara tidak sihat dinasihatkan mengambil beberapa langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan masing-masing - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penduduk di kawasan yang memiliki kualiti udara tidak sihat dinasihatkan mengambil beberapa langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan ke atas kesihatan masing-masing.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, langkah tersebut turut terpakai ke atas penduduk di kawasan  yang berdepan kepanasan melampau.

Menurut beliau, sebarang aktiviti fizikal semasa cuaca panas dan berjerebu perlu dihadkan kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar mengehadkan masa di luar bangunan bagi mengelakkan pendedahan kepada cuaca panas dan jerebu.

“Gunakan pelitup muka (face mask) yang sesuai jika jerebu dan pelindung diri seperti payung atau topi bagi mengelakkan pendedahan secara langsung kepada cuaca panas.

“Untuk yang berada di rumah atau dalam bangunan, tutup tingkap bagi mengurangkan partikel jerebu masuk,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Gunakan pelitup muka (face mask) yang sesuai jika jerebu dan pelindung diri seperti payung atau topi bagi mengelakkan pendedahan secara langsung kepada cuaca panas - Gambar Hiasan Pexels
Gunakan pelitup muka (face mask) yang sesuai jika jerebu dan pelindung diri seperti payung atau topi bagi mengelakkan pendedahan secara langsung kepada cuaca panas - Gambar Hiasan Pexels

Dr Zaliha berkata, apa sahaja aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara, baik di dalam rumah atau bangunan perlu dielakkan, seperti tabiat merokok.

“Perlu sentiasa membersihkan persekitaran dalaman dan gunakan penyaman udara dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan.

“Pastikan juga minum air kosong dengan banyak walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya lapan (8) gelas sehari),” katanya.

Jelas beliau, ia adalah bagi mengekalkan tahap hidrasi badan yang berperanan penting untuk mengawal-atur suhu badan.

“Kerapkan mandi bagi menejukkan badan. Elakkan memakai pakaian yang tebal, ketat dan berwarna gelap bagi membantu proses kehilangan haba dari badan.

“Jika berkemampuan, gunakan alat penyaman udara dan penapis udara (air filter/purifier) yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar (jika berkemampuan),” katanya.

Pastikan juga minum air kosong dengan banyak walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya lapan (8) gelas sehari) - Gambar hiasan Unsplash
Pastikan juga minum air kosong dengan banyak walaupun tidak terasa dahaga (sekurang-kurangnya lapan (8) gelas sehari) - Gambar hiasan Unsplash

Selaras dengan fenomena semasa, Dr Zaliha turut menasihatkan orang ramai mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mengalami masalah kesihatan.

“Pada ketika ini, negara kita sedang dilanda cuaca panas yang memberi kesan kepada kualiti udara dan suhu ambien di beberapa kawasan.

“Berdasarkan pemantauan status cuaca panas oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) pada 18 April 2023, terdapat beberapa kawasan dilaporkan berada di Tahap Amaran 1 (Berjaga-jaga),” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, tiada kawasan dilaporkan berada di Tahap Amaran 2 (Gelombang Haba) pada tarikh yang sama.

“Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini status cuaca panas di laman sesawang MetMalaysia https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/

“Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia, NRECC turut melaporkan berlaku kemerosotan kualiti udara dengan keadaan berjerebu di beberapa kawasan,” katanya.

Pada ketika ini, negara kita sedang dilanda cuaca panas yang memberi kesan kepada kualiti udara dan suhu ambien di beberapa kawasan - Gambar Fail
Pada ketika ini, negara kita sedang dilanda cuaca panas yang memberi kesan kepada kualiti udara dan suhu ambien di beberapa kawasan - Gambar Fail

Dr Zaliha memberitahu, dua kawasan iaitu Johan Setia (Selangor) dan Kota Bharu (Kelantan) dilaporkan mencatat status kualiti udara yang tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) masing-masing 150 dan 120 setakat jam 10 pagi semalam.

“Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan IPU dari laman sesawang JAS http://apims.doe.gov.my/home.html.

“Mereka juga boleh mendapatkan langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas dan jerebu menerusi laman sesawang KKM iaitu di pautan http://www.myhealth.gov.my/cuaca-panas-a-kesihatan, https://www.infosihat.gov.my/index.php/isu-semasa/51-jerebu dan http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/183,” katanya. - Getaran, 19 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Kebakaran Kilang Cat: JAS Tempatkan 2 Alat Ukur Kualiti Udara

2

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Bangkok Dilanda Jerebu Tebal, Seluruh Thailand Catat Udara Tidak Sihat

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Jerebu: 4 Kawasan Catat Bacaan IPU Tidak Sihat Setakat 9 Pagi

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Jerebu: Batu Pahat, Alor Gajah Catat IPU Tidak Sihat Pagi Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka