web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Majikan Digesa Beri Cuti Tambahan Kepada Pekerja - KSM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Apr 2023 4:06PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua majikan digesa memberi hari kelepasan am tambahan kepada pekerja masing-masing, seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.

Jurucakap Kementerian Sumber Manusia (KSM) berkata, cuti pada 21 atau 24 April itu bagaimanapun boleh digantikan pada tarikh lain.

“Sekiranya tiada penggantian, pekerja yang bekerja pada hari berkenaan layak menerima gaji pada kadar bayaran kerja hari kelepasan am,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hari kelepasan am tambahan ini telah diisytiharkan di bawah Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369].

“Sehubungan dengan itu, hari kelepasan am tambahan ini adalah juga merupakan hari kelepasan am bergaji yang diperuntukkan kepada semua pekerja di sektor swasta menurut perenggan 60D(1)(b) Akta Kerja 1955 [Akta 265].

“Walau bagaimanapun, mengikut proviso kedua Seksyen 60D(1A) Akta 265, majikan juga boleh menggantikan mana-mana hari lain sebagai ganti kepada hari kelepasan am tambahan berkenaan,” katanya.

Anwar semalam dalam sidang media khas mengumumkan, kerajaan bersetuju supaya 21 April diisytihar sebagai cuti peristiwa, sekiranya 1 Syawal jatuh pada 22 April (Sabtu).

Menerusi pengumuman sama, beliau berkata, 24 April pula akan diisytihar sebagai cuti peristiwa, sekiranya 1 Syawal jatuh pada 21 April (Jumaat).

Perdana Menteri turut mengumumkan beberapa ‘hadiah’ lain, antaranya tol RAHMAH Percuma, iaitu pengecualian bayaran tol selama empat hari untuk semua pengguna jalan raya.

Pengecualian tersebut bermula hari ini hingga 21 April dan pada 24 April, membabitkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan. - Getaran, 19 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Tempoh Proses Permohonan Bawa Masuk Pekerja Asing Kini Hanya 15 Bulan 23 Hari

2

Semasa 8 bulan yang lalu

ABMS Jadi Panduan KSM Perkukuh Tadbir Urus, Tangani Risiko Rasuah

3

Semasa 10 bulan yang lalu

2.3 Juta Kenderaan Dijangka Guna Lebuh Raya Utama Sepanjang Cuti Deepavali - LLM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Amalan Buruh Paksa Dalam Negara Terkawal

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah