web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jawatankuasa Petugas Khas Bersih Imej MITRA - Ramanan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2023 4:17PM

Ramanan berkata, pembentukan jawatankuasa petugas khas itu menerima ‘restu’ Perdana Menteri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu jawatankuasa petugas khas akan dibentuk bagi membersihkan imej Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), yang sekian lama terpalit dengan pelbagai skandal dan kontroversi.

Pengerusi MITRA, Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata, pembentukan jawatankuasa petugas khas itu menerima ‘restu’ Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, ia bagi memastikan dana berjumlah RM100 juta yang diterima agensi itu disalurkan secara telus, bersih dan tepat.

“Saya memang komited untuk memastikan objektif utama MITRA iaitu memperkasa komuniti India tempatan dapat dicapai.

“Sudah tiba masanya imej agensi yang dicemari pelbagai perkara negatif sejak beberapa tahun lalu dibersihkan,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya hari ini.

Ini adalah sidang media dan mesyuarat pertama dipengerusikan Ramanan selaku Pengerusi baharu MITRA, sejak diberi mandat untuk menyandang portfolio berkenaan oleh Perdana Menteri.

Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata, jawatankuasa petugas khas tersebut akan dibarisi oleh tiga Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Negara.

“Ada banyak pembaharuan yang akan dilakukan, tetapi kerana ini adalah mesyuarat pertama, saya ingin jelaskan bahawa setiap langkah atau tindakan perlu diperhalusi sebaiknya bagi memastikan hasil yang positif,” katanya.

Mengakui MITRA dilingkari pelbagai kontroversi termasuk penyelewengan dana berjumlah jutaan ringgit, Ramanan berkata, satu proses audit akan dilakukan ke atas semua pemberian dana yang dibuat sebelum ini.

Tegasnya, langkah tersebut bukan untuk mencari salah sesiapa, tetapi untuk menjamin satu keterbukaan agar ia boleh dinilai oleh masyarakat awam.

“Saya tidak berminat langsung untuk ‘witch hunt’ atau cari pesalah, biar sahaja ada proses audit, kita serahkan kepada (Ketua) Audit Negara untuk lakukan proses ini.

“Kita hendak maju ke hadapan dan bukan lagi bercakap tentang perkara yang telah berlalu. Kalau asyik mencari salah, itu bermakna objektif MITRA untuk memperkasa komuniti India tempatan hanya akan tinggal nama,” tegasnya.

MITRA jelasnya, mahu memastikan amanat Perdana Menteri agar semua rakyat diperkasa, ditunaikan sebaiknya.

“Saya tahu ramai yang skeptikal dengan MITRA kerana imej kita sudah tercalar dengan agak teruk.

“Saya mahu tegaskan di sini, perkara seperti itu tidak akan berulang lagi.

“Semua proses akan dilakukan secara telus dan terbuka (selepas ini),” katanya, memberi jaminan. - Getaran, 19 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Jemaah Menteri Putuskan MITRA Dikembalikan Semula Ke JPM - Fahmi

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Bayaran Fi Pemandu Tidak Guna Wang MITRA - Aaron

3

Semasa 9 bulan yang lalu

MITRA Kembali Bawah Kementerian Perpaduan Negara, Saya Akan Pantau - PM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

MITRA Perlu Urus Dana Dengan Baik, Guna Sepenuhnya Peruntukan Diberi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 11 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 9 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global