web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aliran Trafik Mulai Sesak Di Plaza Tol Gombak Setakat 11 Pagi Ini

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2023 11:51AM

Aliran trafik dari Plaza Tol Gombak menuju ke Pantai Timur mulai sesak setakat 11 pagi hari ini berikutan orang ramai pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aliran trafik dari Plaza Tol Gombak menuju ke Pantai Timur mulai sesak setakat 11 pagi hari ini berikutan orang ramai pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik tinggi arah Timur dari  Plaza Tol Gombak ke Bukit Tinggi. 

“Kenderaan semakin bertambah sejak semalam namun masih bergerak perlahan dan aliran trafik sesak sehingga ke Genting Sempah, Pahang.

“Selain itu, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT) dan LPT 2 dilaporkan lancar di kedua-dua arah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Sementara itu, jurucakap PLUS Malaysia berkata aliran trafik di dua lebuh raya utama menuju ke utara dan selatan bergerak lancar iaitu di Plaza Tol Sungai Besi dan Plaza Tol Jalan Duta.

Menerusi akaun rasmi Twitter PLUS memaklumkan  trafik arah Utara dari Slim River ke Sungkai didapati perlahan manakala terdapat kemalangan di Kilometer 301.8 arah utara dari Bangi ke Kajang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Seminggu Masak Lauk Sotong Nampaknya...

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Menteri Beri Jaminan Lebuh Raya SPE Selamat Digunakan

3

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Amboi, Terus Lari Lepas Langgar Orang

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Tak Salah Beralah, Ketepikan Ego

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 14 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global