web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM, MOT Sila Turun Padang, Bantulah Sektor Perkapalan Tempatan - Jeyenderen

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2023 7:01AM

Jeyenderen Ramasamy

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kementerian Pengangkutan (MOT) diminta segera memberi tumpuan terhadap pelbagai isu yang melingkari industri perkapalan negara. 

Pemilik Maritime Network Sdn Bhd, Datuk Seri Jeyenderen Ramasamy berkata, masalah yang menyelubungi sektor perkapalan tempatan kini semakin membimbangkan, dan boleh memberi impak negatif sekiranya terus berlanjutan.

Menurut beliau, Malaysia sebenarnya amat bertuah kerana kedudukan geografi yang begitu strategik, berupaya menjadi pemangkin kepada pertumbuhan pesat sektor perdagangan sejak berabad lalu.

“Faktor ini diperhebat lagi dengan perkembangan memberangsangkan ekonomi negara sejak puluhan tahun, walaupun ada ketikanya kita tidak dapat lari daripada terkena tempias krisis di peringkat global,” katanya kepada Getaran.

Jelas Jeyenderen, industri perkapalan negara juga tetap mampan walaupun dunia dihambat pandemik COVID-19.

“Ini kerana aktiviti import eksport bahan mentah masih berjalan, malah 80 peratus daripadanya bergerak menggunakan perairan negara.

“Hakikat inilah yang menjadikan Laut China Selatan serta Selat Melaka milik Malaysia muncul sebagai koridor utama dan Zon Ekonomi Eksklusif,” katanya.

Beliau berkata, sektor perkapalan sekiranya ditadbir secara holistik dan sistematik berupaya merancakkan pertumbuhan ekonomi negara, namun perhatian khusus amat diperlukan bagi membolehkan segala masalah ditangani dengan baik.

“Apa yang berlaku ketika ini ialah kita ditekan dengan pelbagai syarat yang amat menyusahkan, malah boleh menyebabkan industri perkapalan negara menjadi semakin mundur.

“Ramai tidak sedar, pelabuhan yang wujud di negara kita bukan sekadar berfungsi sebagai ‘bunker’, tapi turut memainkan peranan sebagai entiti bebas menghubungkan semua mod pengangkutan lengkap dengan kemudahan dan keperluan pelaut,” katanya.

Tegas Jeyenderen, ramai pemain industri tertekan dengan syarat tidak masuk akal yang dikenakan, malah wujud terlalu banyak kelompongan.

“Industri ini sepatutnya bekerja 24 jam sehari, tujuh hari seminggu, tapi apa yang berlaku, ada pula negeri yang bercuti pada hari tertentu.

“Tidakkah ia merugikan sedangkan masa yang terbuang itu boleh digunakan bagi menjana pendapatan untuk negara,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihak berkaitan perlu memberi lebih perhatian kepada pelbagai prasarana perkapalan, yang amat memerlukan penambahbaikan.

Menjadikan analogi jalan raya yang uzur sebagai contoh, jelas Jeyenderen, isu seperti itu telah lama menghantui sektor perkapalan negara.

“Macam jalan raya, ada yang uzur dan perlu diperbaiki semula. Perlu ada laluan khas untuk penunggang motosikal. Begitu jugalah industri perkapalan kita.

“Sekarang adalah masanya untuk Perdana Menteri dan MOT, malah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melihat kembali semua dasar serta peraturan yang perlu ditambah baik, bagi mengelakkan ia memberi kesan negatif kepada negara.

“Apa sahaja peraturan atau dasar yang mahu digubal seharusnya dibuat selepas berbincang secara intensif dengan kami. Barulah hasil dan input diterima lebih konklusif,” katanya. - Getaran, 21 April 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 9 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka