web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Usaha Kembalikan Maruah Dan Integriti Negara Terus Berjalan, Tolak Segala Penyelewengan - PM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2023 9:13PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Usaha mengembalikan maruah dan integriti negara akan terus berjalan bagi memastikan Malaysia bersih daripada sebarang rasuah dan penyelewengan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau kekal menolak sebarang kebobrokan dan berpegang teguh dengan tata kelola yang bersih sepanjang mengepalai jentera pentadbiran kerajaan.

Menurut beliau, hanya dengan cara itu yang mampu menjamin kehidupan dan nasib rakyat, sekali gus menebus maruah bangsa.

“Negara yang mahu maju, (ia) harus berteraskan keyakinan, nilai, ihsan dan rahmah.

“Ini yang dipupuk tetapi yang integral dalam semua ini yang menjadi paksi adalah keluhuran jiwa kita, keinginan membawa perubahan dengan menetapkan suatu prinsip disiplin dan rahmah yang kita lalui dalam latihan bulan Ramadan,” katanya.

Perdana Menteri menyatakan demikian dalam Perutusan Khas Aidilfitri yang disiarkan menerusi rakaman video di Facebook malam ini.

Jelas beliau, semangat perpaduan, pengorbanan dan daya juang yang dipupuk itu harus disertakan dengan sikap ihsan dan rahmah.

Katanya, ia harus ditingkatkan kepada golongan masyarakat daif dan melarat, serta mereka yang terpinggir tanpa mengira kaum.

“Alhamdulillah kita berjaya menyempurnakan ibadah puasa pada bulan Ramadan Mubarak dan kini kita bakal menyambut Aidilfitri sesuai dengan tradisi dan budaya yang dipupuk oleh Islam, kesederhanaannya, silaturahminya serta mesti pertahankan tingkatan amal dan kebersihan jiwa yang cuba kita lakukan di bulan Ramadan,” katanya.

Anwar berkata, rakyat Malaysia diseru  memanfaatkan sambutan Aidilfitri untuk mengeratkan silaturahim, selain memelihara ukhwah yang sedia terjalin.

“Kepada seluruh rakyat khususnya umat Islam, saya mengucapkan Selamat Aidilfitri Mubarak. Moga-moga penyempurnaan ibadah puasa kita dapat dicapai ke tahap ketakwaan, darjat takwa dan la’allakum tattaquun.

“Dengan ini kita dijamin kembali kepada keadaan yang bersih, fitrah insaniah. Saya, (Datin Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dan keluarga ingin mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat seluruh rakyat Malaysia, termasuk yang sedang bertugas dan berada di perantauan,” katanya.

Umat Islam di Malaysia akan meraikan Aidilfitri esok, dan ketetapan itu turut diputuskan oleh beberapa negara jiran seperti Singapura serta Brunei Darussalam. - Getaran, 21 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 11 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global