web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Pelarasan Gaji Pekerja Kontrak Sekolah, Hospital Diumum PM Legakan MTUC, Cadangan Kami…’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2023 7:00AM

Tunggakan gaji adalah titik peluh pekerja yang mesti diberikan dan menerusi pendekatan itu, penahanan bon juga boleh dibuat jika kontraktor gagal membayar pelarasan kepada pekerja. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dicadang menyediakan data kontraktor untuk digunakan bagi membayar pelarasan kadar gaji minimum, termasuk tunggakan secara terus kepada pekerja dalam sektor itu.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, kedua-dua pihak kementerian itu juga perlu bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia (KSM) untuk tujuan berkenaan.

Katanya, ia kerana tunggakan gaji adalah titik peluh pekerja yang mesti diberikan dan menerusi pendekatan itu, penahanan bon juga boleh dibuat jika kontraktor gagal membayar pelarasan kepada pekerja.

“MTUC tidak bersetuju jika kerajaaan memutuskan untuk membayar pelarasan hanya kepada kontraktor yang sudah membayar gaji minimum beserta dengan bukti pembayaran, memandangkan ia sudah tentu syarikat  akan gagal membuktikan pembayaran.

“Cara pembayaran pelarasan ini akan menyebabkan pekerja dinafikan mendapat pelarasan dan penganiayaan terhadap pekerja bawahan,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, kerajaan juga mesti mengambil tanggungjawab bagi memastikan majikan membayar tunggakan kepada pekerja.

Menurutnya, ia boleh dilaksanakan dengan KSM menggunakan kuasa bagi memastikan semua pekerja di sektor di bawah kontrak kerajaan mendapat hak mereka.

Kamarul Baharin Mansor - Gambar fail
Kamarul Baharin Mansor - Gambar fail

Pengalaman pembayaran pelarasan perintah gaji minimum pada 2016, 2019 dan 2020, katanya, boleh dijadikan rujukan.

“MTUC mencadangkan supaya KSM memanggil pihak berkepentingan bagi memastikan isu gaji minimum tidak menjadi beban kepada kerajaan.

“Isu ini boleh menjadi barah yang mendatangkan perspeksi buruk terhadap kerajaan.

“Mekanisma pembayaran pelarasan kadar gaji perlu diwujudkan supaya menjadi panduan kepada pekerja dan kontraktor setiap kali perintah gaji minimum baharu diumumkan,” katanya.

Kamarul Baharin berkata, disebabkan isu itu sudah menyebabkan ketidakadilan kepada pekerja bawahan sejak sekian lama, maka tindakan segera dan berkesan wajar diambil.

Ujarnya, keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah ditunjukkan dan hanya pelaksanaan daripada pihak berkuasa perlu dibuat untuk memastikan pelarasan diberikan pada pekerja bawahan.

Susulan kepentingan pelaksanaan itu juga, katanya, bersempena Hari Pekerja pada 1 Mei inu, MTUC mengharapkan isu pelarasan terbabit akan dinikmati dan menjadi realiti kepada seluruh pekerja di bawah kontrak kerajaan.

Mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri berhubung pelarasan kadar gaji dan upah mengikut perintah gaji minimum bagi kontrak perkhidmatan kerajaan, beliau berkata, ia amat melegakan MTUC.

Pengumuman itu, katanya, adalah manifestasi kerajaan MADANI yang mengutamakan kebajikan pekerja bawahan.

Malah, beliau berkata, ia menunjukkan perjuangan MTUC dalam mendapatkan pelarasan kadar gaji minimum sudah direalisasikan Perdana Menteri, selepas perjumpaan kepimpinan kesatuan itu bersama Anwar pada 28 Mac lalu.

Keterbukaan Perdana Menteri, katanya, amat dihargai MTUC yang mewakili pekerja kontrak perkhidmatan kerajaan, seperti pembersihan dan pengawal keselamatan di sekolah, hospital serta lain yang sepatutnya menerima gaji minimum RM1,500 bermula pada 1 Mei tahun lalu.

“Majikan gagal membayar gaji minimum atas alasan kerajaan tidak membayar pelarasan kadar gaji minimum bahqru.

“Tunggakan setiap pekerja sehingga sekarang boleh mencecah RM3,600 seorang,” katanya.

Mengulas lanjut, Kamarul Baharin berkata, sikap tidak bertanggungjawab majikan itu menyebabkan pekerja tempatan sendiri menjadi mangsa buruh paksa dalam sistem perburuhan di Malaysia.

“Keengganan majikan membayar gaji minimum merencatkan perkembangan ekonomi negara dan melanggar perintah gaji minimum.

“Walau apa pun sebab kegagalan majikan membayar gaji minimum dalam perkhidmatan kerajaan sama ada kelewatan kerajaan membayar pelarasan atau faktor kewangan kontraktor bermasalah, pekerja bawahan tidak boleh menjadi mangsa dengan kelemahan sistem dikuatkuasakan kerajaan. Kegagalan membayar gaji minimum mesti dilihat sebagai kelemahan sistem kontrak,” katanya. - Getaran, 24 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Tidak Semua Majikan Mampu Naikkan Gaji Minimum - Pakar Ekonomi

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Memandu Secara Berbahaya, Kontraktor Didakwa Sebabkan Kematian 2 Beradik

3

Semasa 10 bulan yang lalu

KSU, KP Perlu Berani Tamat Perkhidmatan Kontraktor Berprestasi Rendah - KSN

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRN: MTUC Cadang Cuti Khas Sabtu Ini

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 10 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'