web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masalah Bekalan Air Bersih Lingkari Kelantan, Netizen Akui Perkara Biasa

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2023 9:28AM

Senario itu diburukkan dengan keadaan jalan yang sempit dan berlubang. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Masalah bekalan air bersih dan kebersihan dikesan masih lagi melingkari Kelantan, walaupun pentadbiran negeri itu mendakwa ia sudah berjaya diatasi.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff berkata, senario itu diburukkan dengan keadaan jalan yang sempit dan berlubang.

Menurut beliau, semua perkara itu disaksikannya sendiri sewaktu pulang meraikan Aidilfitri beberapa hari lalu.

“Balik Kelantan sambut Raya. Tiga perkara yang merimaskan.

“Airnya perlahan dan kualitinya teruk. Jalannya sempit dan berlubang. Sampah berlonggok di merata tempat dan kotor,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Agus berkata, masalah sama dikesan berulang setiap kali perayaan.

“Aduhhhh,  negeriku. Masalah ini berulang setiap Raya. Semoga boleh berubah,” katanya, kesal.

Beliau memberitahu, keadaan sama diyakini tidak berlaku di Pulau Pinang.

Seakan meluahkan rasa tidak sabar untuk bertolak ke Utara, Agus berkata, beliau mahu menikmati kelainan yang ada di negeri tersebut.

“Sekejap lagi (semalam) bertolak ke Pulau Pinang. Nikmati kelainan.

“Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin,” katanya.

Hantaran Agus berkenaan menarik perhatian lebih seribu pengikutnya di Facebook, dan menerima 152 perkongsian.

Seorang pengguna dikenali sebagai Fuad Jaafar berkata, kerajaan Kelantan tidak pernah mengambil berat aspek prasarana walaupun terbukti ia memerlukan penambahbaikan.

“Kerajaan negeri ni stesen bas pun berpuluh tahun tak pernah nak upgrade. Jadi faham sangatlah betapa teruknya pengurusan kerajaan lebai ni. 

“Yang dia expert hanya bila nak pungut royalti, tapi nak selesaikan masalah keperluan asas semua hancur,” katanya.

Hantaran Agus itu turut disokong seorang usahawan, dikenali sebagai Isham Ismail.

Beliau malah mendakwa, rumahnya turut berdepan masalah ketiadaan bekalan air.

“Rumoh ambo buke slow, tapi takdok terus air..(rumah saya bukan perlahan, tapi tiada terus air),” katanya.

Yim Smart pula berkata, kerajaan negeri sepatutnya malu dengan kegagalan mereka menangani perkara berkenaan.

“Patutnya kerajaan negeri yang perlu malu. Kenapa pula Prof (Profesor) nak kena malu. Benda betul yang dinyatakan oleh Prof.

“Sikap orang PAS totok macam ni lah. Tak boleh langsung PAS dikritik,” selarnya.

Sinar Harian menerusi tinjauan semalam mendapati, beberapa lokasi di Kelantan berdepan masalah ketiadaan air yang semakin meruncing.

Keadaan itu menyebabkan ada pendudukan yang terpaksa menumpang telaga milik jiran untuk menjalankan aktiviti rutin, termasuk mandi sunat 1 Syawal.

Antara daerah yang dilaporkan teruk terjejas ialah Kota Bharu, Bachok, Tumpat dan Pasir Mas. - Getaran, 25 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 6 hari yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 11 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'