web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perlakuan Lucah Ke Atas Bayi, Nenobota Diburu Polis

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2023 11:35AM

Polis sedang memburu seorang wanita Indonesia, kerana disyaki terbabit melakukan perbuatan lucah ke atas seorang bayi. - Gambar hiasan Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA -  Polis sedang memburu seorang wanita Indonesia, kerana disyaki terbabit melakukan perbuatan lucah ke atas seorang bayi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, suspek dikenali sebagai Nenobota Sri Marisa.

Menurut beliau, suspek menggunakan pasport bernombor AT618648.

“Polis Petaling Jaya pada 20 April lalu sekitar jam 1.56 tengah hari telah menerima laporan berkaitan video perlakuan lucah seorang wanita Indonesia.

“Perbuatan tersebut dilakukan suspek ke atas seorang bayi, dipercayai anak majikannya,” katanya hari ini.

Ku Mashariman berkata, siasatan awal mendapati suspek dalam video berkenaan adalah bekas pembantu rumah pengadu.

“Suspek dikatakan telah pulang ke negara asal tahun lalu dan pernah bekerja selama setahun setengah dengan pengadu.

“Khidmatnya bagaimanapun tidak dilanjutkan kerana masalah disiplin,” katanya.

Beliau memberitahu, polis sedang berusaha mengesan saksi yang boleh membantu siasatan.

“Siasatan lanjut juga mendapati suspek telah meninggalkan Malaysia pada 27 September 2020,” katanya.

Jelas Ku Mashariman, kes diklasifikasi dan disiasat di bawah Seksyen 8 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan suspek diminta menguhubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Magenderan Muniandy di talian 03-79662222 atau 017-3356810,” katanya.  - Getaran, 25 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 11 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 9 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad