web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


30 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Di Port Sudan, Misi Evakuasi Berjalan Lancar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Apr 2023 8:10PM

Zambry Abdul Kadir - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga puluh rakyat Malaysia yang berada di Sudan selamat tiba di Port Sudan pada jam 2.07 petang waktu tempatan, semalam.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, perjalanan sejauh 1,233 kilometer itu mengambil masa selama 30 jam.

Menurut beliau, Pasukan Khas (TF) Ops Sudan Malaysia juga berjaya membantu mengeluarkan 26 warganegara lain untuk turut sama dalam proses evakuasi tersebut.

“Mereka terdiri daripada 14 rakyat Singapura, enam rakyat Kemboja, dua warganegara Amerika Syarikat (AS) dan masing-masing seorang rakyat Thailand, Filipina, Palestin serta Sudan.

“Dua lagi rakyat Malaysia tidak terbabit dalam proses evakuasi kerana mereka berkhidmat di United Nations Mission in Sudan (UNMIS) di Abyei,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Jelas Zambry, proses evakuasi kedua mereka akan dilakukan oleh pihak Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).

Beliau memberitahu, kerajaan sedang berusaha untuk kesemua 56 individu terbabit meninggalkan Port Sudan menerusi dua opsyen.

“Pilihan yang ada ialah sama ada melalui jalan udara iaitu menggunakan pesawat yang disewa khas atau menerusi jalan laut.

“Ini bergantung kepada opsyen mana yang akan mendapat kelulusan paling cepat dan segera daripada pihak berkaitan,” katanya.

Beliau menarik perhatian, kesemua individu yang terlibat dalam konvoi Malaysia itu berada dalam keadaan sihat dan selamat.

“Sama-sama kita doakan agar proses mengeluarkan mereka dari Sudan beraya dilakukan sesegera mungkin dan seterusnya mereka dapat pulang ke tanah air dengan selamat,” katanya.

Konflik di Sudan bermula susulan pemberontakan oleh Rapid Support Forces (RSF), yang membawa kepada pertempuran bersama Angkatan Tentera Sudan.

Berdasarkan data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), korban akibat pergolakan di Sudan sehingga kini meningkat kepada lebih 400 orang, manakala 3,500 lagi cedera. - Getaran, 25 April 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 9 bulan yang lalu

Mahasiswa, Tenaga Pengajar, Pentadbir Fokus Zambry Pacu Pendidikan Tinggi

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Tehran, Khartoum Setuju Pulihkan Hubungan, Buka Semula Kedutaan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jenaka Chia Tidak Gambarkan Pendirian Singapura, Kami Mohon Maaf - Pesuruhjaya Tinggi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kejayaan Malaysia Dalam Kes Tuntutan Sulu Bukti Kebenaran Dibawa Negara

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global