web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pertunjukan Muzikal Air Pancut Tambat Pengunjung, Wonderland Park Jadi Tarikan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2023 8:27PM

Pertunjukan muzikal air pancut bertemakan sambutan Aidilfitri di JL99 Wonderland Park  Wildlife in the City di Selayang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertunjukan muzikal air pancut bertemakan sambutan Aidilfitri di JL99 Wonderland Park  Wildlife in the City di Selayang berjaya menarik kehadiran ribuan pengunjung sejak ia dimulakan 21 April lalu.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan JL99, Datuk Seri Jeff BK Lee berkata, air pancut setinggi 120 meter itu turut diserikan dengan lagu tema Malaysia Madani.

Menurut beliau, konsep Malaysia Madani sengaja diterapkan bersama bagi membawa orang ramai menghayati pendekatan Madani, yang dibawa Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Maklum balas yang diterima daripada pengunjung amat positif dan majoriti mereka amat terhibur dengan persembahan muzikal tersebut.

“Pancutan air berwarna-warni mengikut tempo juga berjaya menarik minat kanak-kanak yang sememangnya gemarkan sesuatu irama rancak dan aktif,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Jeff berkata, air pancut di Wonderland Park adalah yang terpanjang di Malaysia setakat ini, untuk mana-mana taman tema.

“Idea membina air pancut ini timbul selepas kami berbincang untuk mewujudkan tarikan baharu, bagi memikat hati pengunjung.

“Tidak banyak tempat di sekitar ibu negara yang menyajikan persembahan seperti ini, dan ia berupaya menjadi ‘selling point’ Wonderland Park,” katanya.

Jelas Jeff, kedatangan Aidilfitri digunakan sebaik-baiknya bagi merangka persembahan yang menepati tema perayaan tersebut.

“Kali ini kami menampilkan persembahan dengan lagu utamanya terdiri daripada ‘Malaysia Madani’, ‘Warna Warni Aidilfitri’, ‘Bad Romance’, ‘Wen Bie’, ‘Menjelang Hari Raya’, ‘Assalamu Alayka’ dan beberapa lain,” katanya.

Beliau menarik perhatian, acara berkenaan berkemungkinan besar akan diteruskan pada setiap musim perayaan.

Malaysia katanya, terkenal dengan masyarakat berbilang kaum yang menyambut pelbagai perayaan setiap tahun, justeru sebarang acara yang berkonsepkan semua hari istimewa berkenaan pasti menambat minat pengunjung.

“Berdasarkan sambutan menggalakkan yang diterima sehingga acara ini berakhir semalam, tidak mustahil ia akan kami teruskan selepas ini setiap kali ada perayaan tertentu,” katanya.

Sesuai namanya, Wonderland Park turut menghimpunkan pelbagai jenis haiwan liar termasuk buaya, tapir, rusa, beruang matahari dan ikan arapaima gergasi.

Pengunjung juga berpeluang memberi makanan kepada semua haiwan itu, dengan membeli makanan khas disediakan.

Turut terdapat di taman tema tersebut ialah restoran makanan laut yang menyajikan pelbagai hidangan enak. - Getaran, 25 April 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 11 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka