web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Bergantung Harap Dengan KWSP, Ia Bukan Alternatif Terakhir!

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2023 7:00AM

KWSP tidak seharusnya dijadikan alternatif terakhir dan kerajaan harus mempelbagaikan sumber demi membantu rakyat. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan supaya tidak hanya bergantung kepada pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masing-masing untuk menangani masalah kewangan mereka.

Jutawan hartanah, Datuk Muhammad Azlan Al Aminamat berkata, KWSP tidak seharusnya dijadikan alternatif terakhir dan kerajaan harus mempelbagaikan sumber demi membantu rakyat.

Menurut beliau, sudah tiba masanya rakyat ‘disedarkan’ daripada terus bergantung kepada caruman KWSP untuk kelangsungan hidup.

“Sampai bila rakyat hanya mahu bergantung harap dengan KWSP untuk menyelesaikan masalah kewangan?

“Objektif utama penubuhan KWSP ialah sebagai jaminan di hari tua, tapi kalau kerap kali ‘dikorek’ dan ‘ditarah’, apa lagi akhirnya yang akan tinggal,” katanya, kesal.

Beliau menyatakan demikian kepada Getaran ketika dihubungi bagi mengulas isu pengeluaran caruman KWSP, yang sering kali menjadi peluru untuk pembangkang menghentam kerajaan.

Jelas Muhammad Azlan, Malaysia bakal bergelar negara menua menjelang 2030, dan caruman KWSP adalah antara alternatif yang boleh membantu rakyat pada masa hadapan.

Pengeluaran caruman secara membuta tuli katanya, hanya akan menyebabkan seseorang individu tenggelam dalam masalah tidak berkesudahan.

“Baiklah, sudah keluarkan caruman. Wang itu akan habis juga (diguna). Jadi selepas itu apa? Mahu desak keluar lagi?

“Kalau kerap kali dikeluarkan, sudahnya apa yang tinggal? Ini hanya akan mengundang kitaran masalah yang tidak berkesudahan,” tegasnya.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Pengerusi Eksekutif Haji Land Berhad berkata, pengeluaran caruman KWSP sebelum usia sepatutnya hanyalah satu langkah populis bersifat sementara.

“Pengeluaran ini hanya mampu bertahan buat sementara untuk jangka masa pendek.

“Apa akan jadi untuk jangka masa panjang? Kena tengok kesan kepada negara, diri sendiri dan masa hadapan,” katanya.

Pendapat senada disuarakan jutawan perkapalan, Datuk Jeyenderen Ramasamy yang menyifatkan pengeluaran caruman tersebut hanya akan merugikan rakyat.

Kata pemilik firma Maritime Networks Sdn Bhd itu, pandemik COVID-19 tidak lagi boleh dijadikan alasan untuk membenarkan caruman dikeluarkan.

Keadaan ketika ini jelas beliau, sudah berubah malah pertumbuhan ekonomi negara juga semakin memberangsangkan.

“Rakyat perlu mencari alternatif lain jika berdepan desakan hidup.

“Memang duit itu milik anda, tapi jika simpanan yang sedikit itu berterusan diusik, apa lagi yang akan tinggal di masa depan,” katanya.

Situasi negara yang sudah memasuki fasa endemik jelas Jeyenderen, seharusnya dijadikan platform untuk orang ramai kembali bangkit memulihkan kedudukan kewangan masing-masing.

“Apa yang perlu adalah bekerja keras. Tidak mengapa bersusah sedikit. Sekurang-kurangnya ada jaminan yang sudah sedia menangi,” katanya. - Getaran, 26 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

3

Ekonomi 5 bulan yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

4

Ekonomi 6 bulan yang lalu

KWSP Umum Dividen 5.50 Dan 5.40 Peratus

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 11 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 11 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini