web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Denggi Catatkan Penurunan, 1,877 Kes Direkodkan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2023 9:03PM

Nyamuk Aedes - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jangkitan demam denggi dilihat mencatatkan penurunan, apabila sejumlah 1,877 kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-16.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, ia adalah penurunan sebanyak 21.8 peratus atau 522 kes, berbanding 2,399 yang dikesan pada minggu sebelumnya.

Menurut beliau, penyakit tersebut bagaimanapun merekodkan satu kematian.

“Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 35,202 berbanding 11,921 bagi tempoh sama tahun 2022 iaitu peningkatan sebanyak 23,281 (195.3%).

“Sejumlah 22 kematian akibat komplikasi demam denggi pula telah dilaporkan berbanding enam kematian bagi tempoh yang sama tahun lalu,” katanya hari ini.

Dr Muhammad Radzi memberitahu, 116 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ini berbanding 109 pada minggu sebelumnya.

“Daripada jumlah itu, 62 lokaliti berada di Selangor, 32 di Pulau Pinang, lapan di Sabah, Kuala Lumpur dan Putrajaya (tujuh), Perak (tiga), Kedah (dua) dan masing-masing satu lokaliti di Sarawak serta Labuan,” katanya.

Jelas beliau, survelan chikungunya merekodkan sebanyak tiga kes pada minggu ke-16 dengan dua dikesan di Selangor dan satu kes dari Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 120 kes.

“Bagi survelan zika, sebanyak 888 sampel darah dan 33 sampel urin telah dijalankan saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif,” katanya.

Tegas Dr Muhammad Radzi, penjagaan kebersihan persekitaran masih perlu diutamakan dalam kegembiraan menyambut Aidilfitri, kerana terdapat pelbagai bekas berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

“Lakukan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan luar rumah.

“Pastikan tiada air bertakung di bekas takungan penapis air, pelapik rak pinggan dan baldi atau bekas penyimpanan yang tidak terpakai,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, tindakan melupuskan barang lusuh perlu diambil, termasuk memastikan bekas makanan atau minuman pakai buang yang digunakan dihapuskan dengan cara yang betul.

“Pastikan ia dibuang dengan betul kerana nyamuk Aedes hanya memerlukan air yang minima untuk bertelur.

“Pencegahan gigitan nyamuk Aedes juga perlu diamalkan semasa melakukan aktiviti kunjung-mengunjung,” katanya.

Dr Muhammad Radzi turut menasihatkan orang ramai menggunakan repelan pada anggota badan yang terdedah.

“Layari lama sesawang iDengue di https://idengue.mysa.gov.my/ bagi maklumat terkini denggi, status wabak serta pelbagai informasi berkaitan denggi.

“Jangan alpa, denggi masih berada di persekitaran kita. Cegah diri, keluarga dan komuniti dari menjadi mangsa nyamuk Aedes.

“Tiada Aedes, tiada denggi, chikungunya dan zika,” katanya. - Getaran, 26 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Ditangguh, Lebih 100 Dokumen Belum Disahkan

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Denggi: Simptom Serius Boleh Membawa Maut

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Kes Denggi Catatkan Peningkatan Untuk Minggu Epidemiologi 05 - KP Kesihatan

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Kes Denggi Meningkat Pada ME03, Tiada Kematian Direkodkan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 13 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 11 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global