web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tempoh Permohonan Geran Kewangan MITRA Dilanjut Ke 28 Mei

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Apr 2023 6:23PM

Ramanan Ramakrishnan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tempoh permohonan geran kewangan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dilanjutkan kepada 28 Mei depan.

Jurucakap MITRA berkata, tarikh berkenaan sepatutnya tamat hujung bulan ini, namun ia dilanjutkan bagi membolehkan lebih banyak organisasi yang layak memohon bantuan tersebut.

“Permohonan akan dibuka secara atas talian sehingga jam 5 petang, 28 Mei depan.

“Mana-mana organisasi yang mahu memohon boleh berbuat demikian dengan melayari laman web Sistem Permohonan Geran Kewangan MITRA di pautan https://spgkmitra.jpm.gov.my/,” katanya kepada Getaran.

Jelas jurucakap itu, keputusan melanjutkan tempoh permohonan geran berkenaan selaras dengan pengumuman dibuat Pengerusi baharu MITRA, Datuk Ramanan Ramakrishnan sebelum ini.

“Ramanan sebelum ini ada membuat pengumuman bahawa tempoh permohonan geran kewangan tersebut akan dilanjutkan.

“MITRA amat menggalakkan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang layak agar merebut peluang ini sebelum ia tamat,” katanya.

Beliau menarik perhatian, semua maklumat berkaitan permohonan dan pemohon akan dipaparkan secara telus dan terbuka di laman web MITRA.

“Tidak lagi seperti sebelum ini, semua maklumat akan dipaparkan secara telus dan terbuka.

“Tiada lagi maklumat tersembunyi, semuanya boleh dilihat untuk mengelakkan sebarang prejudis dan menghapuskan stigma negatif menyelubungi MITRA selama ini,” katanya. - Getaran, 27 April 2023

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 hari yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kelantan Ucap Terima Kasih Kerajaan Persekutuan Beri Geran Tahunan

3

Semasa 4 bulan yang lalu

KWSP Terima Lebih 2 Juta Permohonan Pindahan Dari Akaun Sejahtera Ke Akaun Fleksibel

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Jemaah Menteri Putuskan MITRA Dikembalikan Semula Ke JPM - Fahmi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 13 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'