web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Program IMFree Diperluas, Kekang Amalan Menghisap Vape Dalam Kalangan Murid

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Apr 2023 8:33PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program IMFree akan diperluaskan tahun ini bagi mengekang amalan menghisap vape dalam kalangan murid sekolah rendah.

Jurucakap Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, ia akan dilakukan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut beliau, program berkenaan dilaksanakan di 636 sekolah rintis, melibatkan murid Tahun Satu hingga Tahun Enam.

“Program IMFree dirangka khusus untuk memastikan individu yang lahir pada 2009 dan ke atas kekal tidak merokok selama-lamanya.

“Ia akan memberi kesedaran mengenai bahaya merokok, agar semua murid terlibat mampu mengawal diri daripada menjadikan aktiviti tidak sihat itu sebagai tabiat,” katanya hari ini.

Jelas jurucakap itu, semua murid berkenaan akan dilatih sebagai ejen dan penyampai maklumat mengenai bahaya merokok kepada rakan dan ahli keluarga masing-masing.

“KPM sentiasa komited dalam melaksanakan program pendidikan pencegahan berkaitan isu disiplin sebagai satu usaha berterusan member kesedaran, kemahiran, pengetahuan serta bimbingan kepada murid.

“Kementerian juga mengambil maklum dan prihatin terhadap beberapa laporan media mengenai penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan kanak-kanak dan murid sekolah,” katanya.

Serentak dengan itu jelas jurucakap tersebut, KPM  sentiasa member peringatan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah berkaitan Surat Saran KPM Bil 17/2015: Larangan Penggunaan Rokok Elektronik atau Vape di Sekolah.

“Peringatan juga diberikan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/2001: Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah.

“Menerusi pekeliling ini, pengetua dan guru besar disarankan mengambil langkah yang berkesan untuk memantapkan pengurusan disiplin dan kaunseling di sekolah,” katanya.

Beliau menarik perhatian, KPM bersama JPN, PPD dan sekolah dengan kerjasama pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) telah melaksanakan Program Lima Minit Antirokok/ Vape yang dilaksanakan dalam perhimpunan, kelas ganti, bimbingan kelompok, kempen anti merokok/vape, ceramah, pameran dan aktiviti kurikulum serta ko-kurikulum di sekolah.

“Aktiviti ini bertujuan untuk menerapkan nilai kesedaran murid, membentuk jati diri dan mempunyai daya tahan yang tinggi,” katanya. - Getaran, 27 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Perlu Ada Keseimbangan Pada Peraturan Baharu Vape - Panel

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Penghantar Barang Ditahan Bersama 41.28kg Dadah, 300 Botol Vape Mengandungi Ganja

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Peniaga Degil Jual Vape Di Johor Berdepan Tindakan Tegas - Exco

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini