web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Laluan SmartLane Bantu Redakan Trafik, Terima Reaksi Positif

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2023 8:47PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lonjakan trafik sekali lagi dijangka berlaku hujung minggu ini, serentak dengan berakhirnya musim cuti sekolah dan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pegawai PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, peningkatan aliran trafik itu juga disumbangkan oleh cuti Hari Pekerja yang disambut Isnin depan.

Menurut beliau, susulan jangkaan, PLUS dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan mengaktifkan ‘SmartLane’, iaitu pembukaan sementara Lorong Kecemasan di laluan tertentu yang kritikal di lebuh raya untuk menambah kapasiti lorong.

“Sepanjang cuti perayaan ini, ‘SmartLane’ sebenarnya telah pun diaktifkan di dua laluan di Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara.

“Ia terletak antara Persimpangan Port Dickson hingga Persimpangan Seremban antara KM260.0 hingga KM263.1 (Arah Utara) dan Persimpangan Senai Utara hingga Persimpangan Kulai antara KM19.0 hingga KM27.0 (Arah Utara) bagi membantu melancarkan pergerakan trafik,” katanya hari ini.

Zakaria berkata, pelaksanaan ‘SmartLane’ di dua laluan di wilayah selatan tersebut telah menerima maklum balas positif dan disambut baik oleh pengguna lebuh raya kerana berupaya membantu mengurangkan kesesakan.

“Ketika laluan ‘SmartLane’ ini diaktifkan, pengguna lebuh raya dibenarkan memasuki dan memandu di laluan kecemasan buat sementara, sebagai langkah untuk menambah kapasiti laluan terbabit sebelum diarahkan masuk semula ke laluan utama lebuh raya bagi meneruskan perjalanan mereka.

“Pengguna bagaimanapun dilarang sama sekali menggunakan bahu jalan atau laluan kecemasan di lokasi lain yang tidak terdapat laluan ‘SmartLane’ ini,” katanya.

Beliau memberitahu, PLUS turut mengenal pasti lokasi lain untuk mengaktifkan laluan ‘SmartLane’ tersebut.

“Ia melibatkan laluan Gua Tempurung-Gopeng antara KM306.7 hingga KM297.0 (Arah Utara), Slim River-Sungkai antara KM367.3 hingga KM354.1 (Arah Utara) dan Rawang-Sungai Buaya antara KM439.9-KM435.5 (Arah Utara),” ujarnya.

Pengaktifan itu bagaimanapun jelas Zakaria, bergantung kepada keadaan trafik semasa dan kebenaran daripada pihak berkuasa pada waktu atau tempoh tertentu sebelum ia dilaksanakan.

“Pengguna lebuh raya boleh mengenal pasti penggunaan laluan ‘SmartLane’ ini melalui papan tanda laluan ‘SmartLane’ serta pengawal trafik di lokasi terbabit atau merujuk laman media sosial PLUS di Facebook dan Twitter PLUSTrafik.

“PLUS juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkuasa yang terlibat, terutamanya pihak PDRM yang telah membantu menyuraikan dan mengawal trafik di lokasi laluan ‘SmartLane’ dan di sepanjang lebuh raya pada musim perayaan ini,” katanya. - Getaran, 27 April 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Lori Halang Laluan Smart Lane

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Pemandu Pacuan 4 Roda Maut, 2 Parah Kemalangan Babitkan 7 Kenderaan

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Maklumat Statistik Kes Kemalangan Secara Harian Disiar Secara Masa Nyata

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Aliran Trafik Bergerak Perlahan, Namun Terkawal

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 11 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi