web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Arah Kiblat Masjid, Surau Di Selangor Tidak Perlu Diragui - MAIS

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 1:44PM

Badan itu turut mewajibkan agar penentuan arah kiblat oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor dilaksanakan terlebih dahulu sebelum sesuatu masjid, surau atau musolla yang baharu mula beroperasi. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menegaskan bahawa arah kiblat masjid dan surau sedia ada di negeri itu telah disemak dan diperakukan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor serta tidak perlu diragui.

Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam kenyataan hari ini berkata badan itu turut mewajibkan agar penentuan arah kiblat oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor dilaksanakan terlebih dahulu sebelum sesuatu masjid, surau atau musolla yang baharu mula beroperasi.

Beliau berkata Jabatan Mufti negeri itu juga sentiasa memberikan pencerahan dan hebahan dari semasa ke semasa berhubung kaedah penetapan arah kiblat kepada masyarakat melalui laman web serta media sosial atau program pencerahan yang dilaksanakan jabatan itu.

“Penentuan arah kiblat yang dilaksanakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor juga selaras dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia berhubung Had Berpaling Yang Dibenarkan Daripada Arah Qiblat.

“Isu berhubung penentuan arah kiblat ini juga mendapat perhatian serius Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak mahu mana-mana pihak termasuk media membuat laporan kurang tepat yang boleh menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat dan mencalarkan imej Islam,” katanya.

Abdul Aziz berkata demikian susulan laporan Berita Harian bertarikh 24 April lepas yang menyatakan '40 peratus arah kiblat Lembah Klang tersasar', berdasarkan pernyataan daripada Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor (PAFNS).

Katanya tajuk laporan akhbar tersebut adalah kurang tepat dan tidak menggambarkan perkara sebenar serta menimbulkan salah faham dan kekeliruan dalam kalangan umat Islam khususnya di Selangor, dan MAIS telah meminta penjelasan berhubung perkara tersebut daripada pihak PAFNS.

“MAIS menegaskan laporan akhbar tersebut hanya merujuk kepada penentuan arah kiblat rumah kediaman sahaja, berdasarkan permohonan khidmat penentuan arah kiblat bagi rumah kediaman yang diterima oleh PAFNS. Laporan tersebut sama sekali tidak berkaitan dengan penentuan arah kiblat masjid dan surau di Selangor,” katanya.

Beliau berkata MAIS juga menasihatkan orang ramai supaya tidak panik dan keliru dengan tajuk yang dipaparkan dalam laporan akhbar tersebut dan diingatkan agar merujuk terus kepada pihak MAIS berhubung pengesahan sesuatu perkara berkaitan pentadbiran agama Islam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Lumpuhkan Sindiket Dadah Rekreasi Terbesar Dalam Negara, Rampas RM14.15 Juta Dadah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang