web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Perlu Lebih Proaktif, Bela Nasib Golongan Pekerja - Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 9:38AM

Muhyiddin Yassin berkata, sumbangan diberikan golongan pekerja dapat memacu Malaysia menjadi negara yang aman, maju dan makmur - Gambar Facebook Muhyiddin Yassin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa bertindak secara lebih proaktif untuk memulihkan semua sektor ekonomi negara agar nasib setiap pekerja akan lebih terbela.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, golongan pekerja negara masih cekal menjalankan tanggungjawab walaupun berhadapan pelbagai cabaran.

Menurut beliau, ia termasuk situasi ekonomi global yang masih tidak menentu.

“Anda tetap cekap menjalankan tanggungjawab tidak kira di sektor mana sekali pun demi Malaysia yang tercinta.

“Saya percaya sumbangan besar ini akan dapat membantu negara keluar daripada apa sahaja kemelut ekonomi,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menyatakan demikian sempena sambutan Hari Pekerja yang diraikan serentak hari ini, di lebih 60 negara seluruh dunia.

Jelas Muhyiddin, sumbangan diberikan golongan pekerja dapat memacu Malaysia menjadi negara yang aman, maju dan makmur.

“Sempena sambutan Hari Pekerja 2023, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua golongan pekerja sama ada di sektor awam atau swasta.

“Tidak ketinggalan untuk yang bekerja sendiri di atas sumbangan besar anda kepada pembangunan negara,” katanya.

Mantan Perdana Menteri itu turut menitip doa agar semua pekerja di negara ini kekal cekal dan kuat menempuh apa sahaja cabaran mendatang.

“Saya berdoa semoga anda semua cekal dan kuat dalam berhadapan dengan apa sahaja cabaran dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja.

“Selamat Hari Pekerja 2023,” katanya. - Getaran, 1 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

2

Politik 2 bulan yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 11 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad