web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kemeriahan Tidak Terjejas, Rumah Terbuka MADANI Terima Sambutan - Mohammad Agus

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 12:12PM

Tetamu yang hadir bergaul mesra tanpa mengira parti atau kecenderungan politik, agama, kaum dan darjat, sama ada kaya atau miskin - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan kononnya penganjuran Rumah Terbuka Malaysia MADANI ternyata tidak menjejaskan kemeriahan acara tersebut.

Buktinya, semua tetamu yang hadir bergaul mesra tanpa mengira parti atau kecenderungan politik, agama, kaum dan darjat, sama ada kaya atau miskin. 

Mengesahkan perkara itu, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff berkata, senario tersebut disaksikan beliau sendiri sewaktu menghadiri acara tersebut di Kedah, semalam.

Menurut beliau, penganjuran acara seumpama itu sebenarnya berupaya meredakan suhu kebencian politik dalam kalangan rakyat.

“Tadi (semalam) saya turut hadir di Rumah Terbuka Malaysia MADANI bersama PM di Kedah. Bukan hanya saya yang gembira, rakyat yang datang juga turut gembira.

“Majlis ini bukan program VVIP, bukan program kempen politik, tetapi majlis meraikan rakyat, daripada rakyat dan untuk rakyat,” katanya menerusi Facebook.

Mohammad Agus menyatakan demikian sebagai mengulas penganjuran acara Rumah Terbuka Malaysia MADANI di Kedah semalam yang dianjurkan Kerajaan Perpaduan.

Sejak hebahan acara tersebut dibuat, ia dicemari pelbagai kritikan dan persepsi negatif, khususnya dari blok pembangkang yang menyifatkan ia sebagai satu pembaziran ketara.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini dipetik sebagai berkata, penganjuran Rumah Terbuka Malaysia MADANI di enam negeri mencemar hari kebesaran agama kerana bermotifkan politik.

Dakwa Takiyuddin, retorik kononnya PAS dan Perikatan Nasional (PN) menunggang agama demi politik sudah berbalik kepada kerajaan Pusat.

Tegas beliau, majlis sambutan bersiri itu juga melanggar konvensyen dan adab hubungan antara kerajaan Pusat dan semua negeri terbabit, dari segi wibawa serta bidang kuasa masing-masing.

Selain Kedah, Rumah Terbuka Malaysia Madani turut diadakan di Pulau Pinang (6 Mei), Negeri Sembilan (7 Mei) dan Kelantan (12 Mei), manakala Terengganu dan Selangor berkongsi tarikh yang sama iaitu 14 Mei.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohammad Agus berkata, kemeriahan ditonjolkan pada acara tersebut jelas membuktikan ia bukan satu pembaziran.

“Mana mungkin amalan mulia memberi makan dan menyantuni rakyat marhaen satu pembaziran. Lagi mulia kerana ia menyambung silaturrahim sesama insan, hanya setahun sekali. 

“Berjayakah program tadi (semalam)? Jika ribuan yang hadir, tentunya berjaya. Malah, majlis tadi (semalam) adalah promosi terbaik bagi negeri Kedah,” katanya.

Pada hantaran sama, beliau turut menyatakan hasrat untuk meraikan acara sama yang bakal diadakan di lima negeri lain selepas ini.

“Justeru hebat dan meriahnya majlis tadi, selepas ini, saya berhasrat untuk turut meraikan majlis selanjutnya yang akan diadakan di UiTM Permatang Pauh pada 6 Mei, Seremban pada 7 Mei, Kota Bharu pada 12 Mei, Kuala Terengganu pada 13 Mei, dan kemuncaknya di Batu Caves pada 14 Mei. 

“Setelah acara selesai, saya pulang dengan satu ungkapan: Happy dapat berjumpa dan beramah mesra dengan rakan seagama setelah sebulan berpuasa. Happy dapat bergaul dengan rakyat dari pelbagai bangsa yang hadir. Hebatnya Malaysia Madani,” katanya. - Getaran, 1 Mei 2023





 

Berita Berkaitan

1

Politik 10 bulan yang lalu

Nak Edit Video? Semua Boleh Dengan AI!

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Video Tular : Polis Sahkan Terima Laporan Mohammad Agus

3

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Santai Tepi Pantai Bersama Festival Kopi Kemaman

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Saya Ingin Bersama Tom Sampai Keluar Uban Saya, Sampai Akhir Hayat – Fuad Rahman

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah