web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Petisyen Najib Tidak Dibincang, Status Sebenar Cetus Tanda Tanya

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 May 2023 4:42PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Petisyen dibuat mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung hukuman penjara dan denda yang dikenakan ke atasnya tidak dibincang dalam Lembaga Pengampunan.

Sumber memberitahu Getaran, perkara itu sama sekali tidak disentuh oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri ketika bersidang pada 28 April lalu.

Menurut beliau, ramai ahli keluarga dan penyokong bekas Presiden UMNO itu masih tertanya-tanya kedudukan sebenar serta status petisyen berkenaan.

“Saya diberitahu, persidangan  Lembaga Pengampunan yang bermula jam 11 pagi dan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong tidak membincangkan perkara itu.

“Ini kerana sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atasnya baru difailkan,” katanya, kecewa.

Jelas sumber, petisyen tersebut perlu mengikut giliran dan perbincangan minggu lalu itu hanya membincangkan beberapa kes terdahulu.

“Memang kami kecewa kerana mengharapkan ada berita baik diterima.

“Malangnya ia tidak menjadi kenyataan,” katanya yang mengakui sedih dengan perkembangan itu.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan menerusi keputusan majoriti 4-1 pada 31 Mac lalu menolak permohonan Najib untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda yang dikenakan ke atasnya kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Panel berkenaan diketuai Hakim Besar Sabah dan arawak, Datuk Abdul Rahman Sebli.

Turut serta sebagai panel hakim ialah tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Rhodzariah Bujang, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Vernon Ong Lam Kiat serta Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais.

Najib yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang memfailkan permohonan membatalkan keputusan dibuat panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lalu.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram.

Beliau memerintahkan mantan Ahli Parlimen Pekan itu dipenjara 12 tahun dan didenda RM210 juta.

Keputusan tersebut kemudiannya dikekalkan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang bersidang pada 9 Disember 2021.

Khairul Dzaimee Daud - Gambar fail
Khairul Dzaimee Daud - Gambar fail

Sementara itu, Setiausaha Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya,  Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud mengesahkan, petisyen Najib itu akan dipertimbangkan mengikut kesesuaian masa, berdasarkan perundangan dan peraturan yang terpakai.

Jelas beliau, Lembaga Pengampunan menerusi persidangan minggu lalu telah mempertimbangkan 10 kes rayuan pengampunan di bawah Peraturan 54 dan Peraturan 113 Akta Penjara 2000.

“Mengikut Perkara 42, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu negeri pula berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan lain yang dilakukan di dalam negeri-negeri tersebut,” katanya. - Getaran, 1 Mei 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka