web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hentikan Penggunaan Sirap Batuk Guaifenesin Syrup, Berbahaya Kepada Kesihatan - KKM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 7:06PM

Ubat batuk Guaifenesin Syrup TG Syrup - Gambar dari Twitter @KKMPutrajaya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengguna sirap ubat batuk Guaifenesin Syrup TG Syrup yang dikilangkan oleh QP Pharmachem Ltd. (Punjab, India) diminta agar segera berhenti berbuat demikian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, sirap berkenaan dikesan mengandungi diethylene glycol (DEG) dan ethylene glycol (EG) melebihi had dibenarkan.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil maklum amaran yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 25 April 2023 mengenai sirap ubat batuk tercemar.

“Semakan ke atas pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM mendapati bahawa produk tersebut tidak berdaftar di Malaysia,” katanya hari ini.

Dr Muhammad Radzi berkata, pengambilan produk sirap ubat batuk yang tercemar dengan DEG dan EG adalah toksik kepada manusia.

“Ia boleh memberikan kesan seperti sakit pada bahagian abdomen, muntah, cirit-birit, kesukaran untuk membuang air kecil, sakit kepala, perubahan pada keadaan mental dan kecederaan yang teruk pada buah pinggang,” katanya.

Tegas beliau, penggunaan produk yang tercemar itu tidak selamat untuk digunakan terutamanya di kalangan kanak-kanak kerana ia boleh menyebabkan kesan yang serius atau kematian.

“Meskipun produk ini tidak berdaftar di Malaysia, KKM ingin menasihati orang awam yang berkemungkinan menggunakan atau mengetahui sesiapa yang sedang menggunakan produk ini untuk segera menghentikan penggunaannya.

“Mereka juga perlu mendapatkan nasihat daripada ahli profesional keshatan, terutama jika mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan advers,” katanya.

Jelas Dr Muhammad Radzi, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penjualan produk tidak berdaftar di pasaran boleh membuat aduan melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di http://moh.spab.gov.my.

“Mereka juga boleh membuat laporan di Cawangan Penguatkuasaan Farmasi yang berdekatan atau menghubungi talian 03-78413200 untuk membolehkan tindakan sewajarnya diambil oleh KKM,” katanya. 

Orang awam tambah beliau, turut digalakkan membuat aduan sekiranya terdapat keraguan tentang kualiti dan keselamatan produk yang digunakan.

“KKM sentiasa menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan teriamin serta akan memaklumkan perkembangan kepada orang ramai dari semasa ke semasa,” katanya. - Getaran, 1 Mei 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 11 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global