web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kebajikan Kaum India Terus Terpinggir, Banyak Isu Terbiar Sepi - T. Mohan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 9:46PM

T. Mohan berkata adalah amat mengecewakan apabila perjuangan memartabatkan komuniti India seakan sudah terhenti, tanpa sebarang pencapaian yang boleh dibanggakan. - Gambar dari Facebook T.Mohan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kebajikan dan hal ehwal kaum India dilihat terus terpinggir, walaupun Kerajaan Perpaduan sering berjanji untuk mengamalkan kesamarataan antara semua kaum.

Naib Presiden MIC, Datuk Mohan Thangarasu (T. Mohan) berkata, banyak isu yang menyelubungi etnik ketiga terbesar negara itu kini terbiar begitu sahaja.

Menurut beliau, sejarah hitam yang mewarnai MIC sebenarnya bermula sejak Pilihan Raya Umum 2008, apabila negara dilanda tsunami politik.

“Ketika itu Barisan Nasional (BN) hilang lima negeri di tangan pembangkang iaitu Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kelantan dan Terengganu.

“Tapi selepas pembangkang berjaya menguasai negara pun, tidak banyak angin perubahan dibawa untuk komuniti India tempatan. Mereka masih terus terpinggir,” katanya kepada Getaran.

Mohan menyatakan demikian ketika ditanya perkembangan terkini MIC, yang satu ketika dahulu menempa nama sebagai parti utama masyarakat India.

Jelas beliau, adalah amat mengecewakan apabila perjuangan memartabatkan komuniti India seakan sudah terhenti, tanpa sebarang pencapaian yang boleh dibanggakan.

“Sebelum ini mereka (kerajaan) cakap besar, mahu bersikap sama rata (dengan semua kaum).

“Tapi sekarang apa sudah jadi? Apakah kamu ada melihat sebarang kejayaan atau sumbangan membanggakan buat masyarakat India tempatan,” katanya, kesal.

Dakwa Mohan, pelbagai kemelut sosial masih melatari masyarakat India, malah taraf sosio ekonomi kaum berkenaan juga masih tidak berubah walaupun di negeri maju seperti Selangor.

“Gangsterisme dan kongsi gelap masih dikaitkan dengan kaum India. Begitu kedudukan ekonomi mereka, masih ramai yang tergolong sebagai kelompok B40.

“Sampai bila stigma dan senario ini akan berubah? Apa yang kerajaan ada lakukan,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, ramai pihak boleh menjadi saksi kepada segala janji manis, khususnya ketika musim pilihan raya.

“Ketika mahu memancing undi, bulan dan bintang mereka janjikan. Tapi selepas (meraih) kemenangan, semua itu hilang.

“Apa sahaja mereka akan menyalahkan MIC. Tapi sekarang nilailah sendiri, apa yang ada pihak berkenaan lakukan,” katanya.

Tegas Mohan, isu seperti kedaifan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil, peruntukan yang tidak mencukupi, pengangguran dan penduduk tanpa kewarganegaraan masih berlaku dengan berleluasa.

“Lihatlah sendiri, buat bancian untuk tahu berapa ramai penduduk berbangsa India yang tidak memiliki status kewarganegaraan kerana ketiadaan dokumen pengenalan diri.

“Isu ini sudah berlarutan terlalu lama tapi apa penyelesaiannya? Tiada,” katanya.

Semua itu tersebut jelas beliau, menjadi denyut perjuangan MIC sejak sekian lama, dan faktor yang menyebabkan MIC masih relevan.

“Katalah apa sahaja. Hakikatnya memang MIC pelopor kepada perjuangan masyarakat India negara.

“Kami tidak akan mudah menyerah kalah,” katanya. - Getaran, 1 Mei 2023










 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 13 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global