web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahkamah Benar J&E Guna Perkhidmatan Gantian Serah Surat Saman Kepada Azmin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 May 2023 1:12PM

Mohamed Azmin Ali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan syarikat pengimport telur, J&E Advance Tech Sdn Bhd menggunakan perkhidmatan gantian bagi menyerahkan surat tuntutan saman kepada mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Peguam syarikat, Elyse Ng berkata, kebenaran tersebut diberi selepas syarikat terbabit gagal dalam cubaan mereka menyerahkan sendiri surat saman berkenaan kepada Azmin, baru-baru ini.

Menurut beliau,  J&E masih gagal menyerahkan salinan writ saman dan penyataan tuntutan kepada Azmin walaupun selepas mencuba beberapa kali.

“Perkhidmatan gantian ini akan dibenarkan mahkamah jika serahan secara peribadi tidak dapat dilaksanakan.

“Menerusi perkhidmatan gantian, dokumen mahkamah akan diserahkan menerusi kaedah pengiklanan untuk memaklumkan kepada defendan mengenai prosiding mahkamah yang perlu dilalui,” katanya kepada Getaran.

Elyse berkata, surat tuntutan berkenaan dihantar J&E Advance Tech Sdn sebelum ini kepada Azmin, susulan isu pengimportan telur melalui kaedah rundingan.

“Azmin sebelum ini mendakwa kontrak mengimport telur berkenaan diperoleh ahli perniagaan, Deepak Jaikishan.

“Atas kenyataan itu, J&E menerusi firma guaman Han & Zi menuntut Azmin membayar ganti rugi sebanyak RM20 juta,” katanya.

Getaran diberitahu, dakwaan dibuat bekas Ahli Parlimen Gombak itu telah menjejaskan nama baik dan reputasi syarikat.

Ia juga bagi menampung kos yang perlu dibelanjakan bagi prosiding mahkamah.

Tuntutan itu juga antara lain mengarahkan Azmin menarik semula dakwaan dibuat dan memohon maaf, selain berjanji tidak akan mengulangi kenyataan tersebut.

Azmin pada 11 Mac lalu dilaporkan berkata, Deepak memperoleh kontrak mengimport telur tersebut menerusi rundingan terus, sekali gus bercanggah dengan pendirian Kerajaan Perpaduan.

Sebelum itu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan meluluskan kontrak berkenaan sebagai antara usaha menangani masalah bekalan telur ayam di pasaran tempatan.

J&E bagaimanapun menafikan kenyataan tersebut, dan mendesak Azmin membuat permohonan maaf dalam tempoh 72 jam. - Getaran, 2 Mei 2023












 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah