web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Reezal Merican Dilantik Pengerusi Baharu MATRADE

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 1:27PM

Reezal Merican Naina Merican - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) yang kesembilan. 

Pelantikan tersebut berkuatkuasa serta merta.

Jurucakap MATRADE berkata, Reezal berpengalaman luas sebagai ahli Kabinet, menerusi tiga portfolio disandangnya sebelum ini.

Menurut beliau, portfolio sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Menteri Belia dan Sukan serta Timbalan Menteri Luar yang disandang Reezal bermula tahun 2015 hingga 2022 diyakini mampu membantunya mentadbir MATRADE dengan efektif.

“Reezal juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Amanah Raya Bhd dari 2013 hingga 2015.

“Pastinya semua pengalaman ini berupaya membantu beliau menjalankan tugas dengan berkesan,” katanya.

Jelas jurucakap itu, pengalaman luas Reezal dalam hal ehwal antarabangsa meletakkan beliau pada posisi yang tepat untuk mengepalai agenda mempromosi perdagangan negara.

“MATRADE optimis pelantikan beliau akan akan menyumbang kepada pertumbuhan dan kepelbagaian eksport Malaysia.

“Ia termasuk di pasaran global, sama ada baharu atau sedia ada,“ katanya.

Sementara itu Reezal seperti dipetik BERNAMA berkata, beliau amat berbesar hati kerana diberi kepercayaan mentadbir sebuah organisasi berprestij seperti MATRADE.

“Portfolio ini dengan dibantu Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pastinya berupaya mendorong prestasi perdagangan dan eksport Malaysia yang lebih baik.

“Ia penting untuk memastikan sektor perdagangan negara kekal cemerlang dan mencapai pertumbuhan lebih kukuh,” katanya. - Getaran, 2 Mei 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi