web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Majlis Peguam Tak Fokus Peranan Fundamental, Lebih Baik Masuk Politik - Puad

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 3:23PM

Mohd Puad Zarkashi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Peguam mutakhir ini dilihat tidak lagi fokus kepada peranan fundamental yang perlu dilaksanakan.

Speaker Dewan Undangan Negeri Johor (DUN), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, majlis tersebut sepatutnya mengawal profesionalisme guaman, berbanding berada di gelanggang politik.

Menurut beliau, majlis terbabit amat berat sebelah dan bersikap selektif ke atas sesiapa yang mahu mereka pertahankan.

“Lebih baik daftar Majlis Peguam sebagai badan politik. Badan profesional seperti Persatuan Perubatan Malaysia dan Persatuan Arkitek Malaysia tidak pun berperangai macam Majlis Peguam,” katanya, sinis.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas keputusan Majlis Peguam yang mahu mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk membahaskan usul mengenai kebebasan badan kehakiman dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

Majlis berkenaan dipetik sebagai berkata, ia adalah lanjutan kepada petisyen yang dibuat oleh 175 ahlinya baru-baru ini.

Difahamkan, EGM itu akan diadakan pada 10 Mei depan di Wisma MCA di sini.

Portal FMT minggu lalu melaporkan, 175 ahli Majlis Peguam membuat petisyen, mendesak agar EGM diadakan bagi membahaskan usul yang mengutuk ‘serangan bertalu-talu’ terhadap badan kehakiman.

FMT yang memetik kenyataan sumber melaporkan, usul terbabit dicadangkan dan disokong dua anggota kanan majlis berkenaan.

 Mohd Nazlan Mohd Ghazali
Mohd Nazlan Mohd Ghazali

Antara lain, usul itu merujuk kepada serangan didakwa diterima Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Mohd Nazlan ialah hakim yang mengendalikan perbicaraan kes SRC International, melibatkan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Membidas keputusan tersebut, Puad berkata, tindakan diambil Majlis Peguam bukan lagi sesuatu yang menghairankan.

“Tidak ada yang pelik dengan tindakan Bar Council itu.

“Bar Council patut bahas dan buat pendirian terhadap dapatan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bahawa Nazlan melanggar tata etika Hakim. Itu baru betul. Buatlah pendirian yang bermaruah.

“Kenapa marah Peguam Negara kerana tidak mempertahankan Hakim Nazlan. Kenapa tutup mata sebelah dalam kes (Tan Sri) Zeti Aziz,” soalnya.

Jelas Ahli Parlimen Rengit itu, Majlis Peguam juga seharusnya memilih untuk membahaskan memoir Tan Sri Tommy Thomas.

“Kenapa tidak bahas memoir Tommy Thomas yang mendakwa ada campur tangan dalam perlantikan semua hakim? Kuat politik Bar Council,” selarnya. - Getaran, 2 Mei 2023











 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini