web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kementerian Akan Bantu Mudahkan OKU Ceburi Pertanian, Penternakan – Mohamad Sabu

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 1:30PM

Mohamad Sabu berbincang bersama Ras Adiba Radzi - Gambar Facebook Mohamad Sabu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) akan membantu memudah cara sekiranya ada orang kurang upaya (OKU) berminat menceburkan diri dalam bidang pertanian dan penternakan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, usaha itu akan dilaksanakan menerusi pelbagai agensi di bawah kementerian berkenaan.

Katanya, keputusan itu dibuat pihaknya selepas menerima kunjungan daripada Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Ras Adiba Radzi di Wisma Tani, baru-baru ini.

“Tempoh hari saya menerima kunjungan dari YB (Yang Berhormat) Senator Ras Adiba Radzi di Wisma Tani.

“Saya begitu kagum dengan semangat ditunjukkan beliau dalam memperjuangkan nasib dan peluang kepada golongan OKU ini, termasuk dalam bidang pertanian dan penternakan.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Ras Adiba,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mohamad turut berkongsi foto memaparkan beliau sedang mengadakan perbincangan bersama Ras Adiba.

Ras Adiba yang juga Presiden OKU Sentral dilantik sebagai senator bagi mewakili golongan kurang upaya pada Mei 2020.

Pada November 2020, beliau menjadi wanita pertama dilantik sebagai Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) yang menjadi momen bersejarah, memandangkan Malaysia kekurangan pemimpin dalam kalangan kaum hawa lebih-lebih lagi daripada golongan kurang upaya.

Komitmen, pengorbanan dan perjuangan Ras Adiba untuk memperkasakan masyarakat, khususnya OKU cukup besar, sehingga sentiasa menerima pujian serta penghargaan.

Malah, nilai dan semangat ‘luar biasa’ dimilikinya dalam memperjuangkan hak asasi manusia, terutama terhadap OKU, melayakkan beliau menerima Anugerah Wanita Berani Antarabangsa (IWOC) 2023 di Rumah Putih, Washington, Amerika Syarikat (AS) pada 8 Mac lalu.

Dikenali sebagai antara ‘wanita besi’ apabila turut lantang menentang diskriminasi masyarakat, beliau menerusi Twitter menyifatkan penganugerahan diterimanya itu sebagai ‘hadiah membanggakan kepada seluruh rakyat Malaysia’, terutama untuk semua golongan OKU dan negara.

“Betapa ini detik membanggakan untuk kita semua,” katanya menerusi keterangan di rakaman video dimuat naik di Twitter yang terdahulu dikongsi Wanita Pertama AS, Jill Biden dan Setiausaha Negara berkenaan, Anthony J Blinken.

Sementara itu, menerusi ruangan komen hantaran dimuat naik Mohamad terbabit, rata-rata netizen memuji langkah ingin dilaksanakan kementerian berkenaan, sambil menyifatkan ia bukti beliau dan Kabinet Kerajaan Perpaduan tidak mengetepikan mana-mana golongan.

“Terbaik Abang Mat (Mohamad), langsung tak meninggalkan sesiapa di belakang. Semua rakyat Malaysia berhak mendapat peluang sama rata. Terbaik Datuk Seri,” kata Badrul Amin.

“Bila menteri-menteri bagus, semua orang senang,” tulis Bakr Bakr.

“DSMS (Datuk Seri Mat Sabu) memang terbaik,” ujar seorang pengguna. – Getaran, 3 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

4

Kisah Kita 5 bulan yang lalu

Butik TAPAi Ketengah Produk Batik Buatan OKU

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi