web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Komited Perbaiki Kedudukan, Bendung Jenayah Rentas Sempadan – Saifuddin

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 6:36PM

Saifuddin Nasution Ismail bersama Brian D McFeeters - Gambar Facebook Saifuddin Nasution Ismail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Malaysia komited mahu memperbaiki kedudukan negara yang kini berada pada peringkat tiga dalam isu pemerdagangan manusia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kedudukan berkenaan sedikit sebanyak memberi kesan kepada imej negara.

Menurut beliau, hasrat tersebut telah disuarakan kepada Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian D McFeeters menerusi pertemuan di kementerian, tengah hari tadi.

“Hubungan Malaysia-AS yang dijalin berteraskan nilai demokrasi, menghormati hak asasi manusia serta kedaulatan undang-undang.

“Ia sudah mula terbina sejak 1957 dan kemudian diperkukuh melalui hubungan dua hala dalam Perkongsian Komprehensif pada 2014,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jelas Saifuddin, kedua-dua negara berkongsi hasrat dan pendapat senada, yang dizahirkan menerusi pertemuan mereka itu.

“Perbincangan tadi tertumpu kepada usaha sama yang boleh dipergiat dalam usaha membendung jenayah rentas sempadan.

“Moga hubungan dua hala Malaysia-AS akan terus kukuh dan memberi manfaat kepada negara serta rakyat,” katanya.

Menurut Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat Mengenai Pemerdagangan Orang (US Tip Report) 2017, Malaysia berada pada peringkat dua, bermula 2018 hingga 2020.

Kedudukan itu berubah kepada peringkat tiga pada 2021 dan 2022. – Getaran, 3 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Filipina Akan Diterbangkan Ke Manila - Saifuddin

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Pintu Pagar Balai Polis Tutup Lepas 10 Malam Susulan Insiden Ulu Tiram – Saifuddin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Aktiviti Kumpulan Pengganas: Suri Rumah, Penggangur Antara 8 Suspek Ditahan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 11 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang