web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KKM Pantau Situasi Cuaca Panas, Kerjasama Dengan KPM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 8:40PM

Susulan cuaca panas, KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya jangan menggunakan pakaian yang boleh menyerap haba, agar suhu badan tidak meningkat - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau secara terperinci perkembangan situasi cuaca panas yang sedang melanda seluruh negara. 

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa dipetik sebagai berkata, ia susulan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Kelantan, akibat strok haba.

Menurut beliau, KKM bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan, khususnya yang melibatkan pelajar sekolah.

“Susulan cuaca panas, KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya jangan menggunakan pakaian yang boleh menyerap haba, agar suhu badan tidak meningkat. 

“Orang ramai juga dinasihatkan agar mengurangkan aktiviti luar agar tidak terdedah kepada suhu tinggi,” katanya seperti dilaporkan media.

Beliau menyatakan demikian selepas pelancaran Sitkom Agenda Nasional Malaysia Sihat di Putrajaya hari ini.

Jelas Dr Zaliha, rakyat juga diminta segera mendapatkan rawatan sekiranya mendapati diri mereka memiliki gejala strok haba.

“Ada insiden dikaitkan dengan cuaca panas, tetapi selepas diperiksa ia sebenarnya disebabkan simptok penyakit atau gejala strok haba.

“Segera dapatkan rawatan sekiranya anda berdepan keadaan seperti itu,” katanya.

Getaran pada 27 April lalu melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki di Kelantan dilaporkan maut akibat strok haba.

Kanak-kanak malang itu, Muhamad Syamil Aqil, 11 menghembuskan nafas terakhir pada hari keempat Syawal.

Menurut perkongsian ibunya, Wanie Iwan di Facebook, laporan bedsh siasat mengesankan kematian anaknya diakibatkan oleh strok haba dan dehidrasi. - Getaran, 3 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 4 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini