web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kestabilan Kerajaan Perpaduan, Sultan Iskandar Bimbang Desas-Desus

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 10:38PM

Menzahirkan kebimbangan menerusi hantaran di Instagram, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah, desas-desus tersebut masih kedengaran walaupun Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sudah berakhir enam bulan lalu - Gambar Instagram OfficialSultanIbrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Desas-desus mengenai kestabilan kerajaan ternyata turut menarik perhatian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Menzahirkan kebimbangan menerusi hantaran di Instagram, baginda bertitah, desas-desus tersebut masih kedengaran walaupun Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sudah berakhir enam bulan lalu.

"Rakyat telah menaruh harapan tinggi dalam PRU-15 lalu, dan telah memberi undi mereka kepada 222 wakil rakyat untuk mengembalikan kestabilan politik negara.

"Namun, sehingga kini, 222 Ahli Parlimen ini masih tidak dapat bersepakat sehingga ada gerakan yang cuba menggagalkan kestabilan yang sedang dibina,” titah baginda.

Baginda bertitah, senario tersebut bukan satu keadaan yang sihat untuk semua lapisan rakyat.

“Keadaan sebegini adalah tidak sihat untuk semua lapisan negara kita, baik dari segi sosial, ekonomi mahupun kedudukan kita di peringkat antarabangsa.

"Sudah-sudahlah. Sampai bila lebih 30 juta rakyat Malaysia hendak menanggung keadaan sebegini? Ekonomi perlu dipulihkan, kesejahteraan dan kemakmuran negara mesti diutamakan," titah baginda.

Kestabilan Kerajaan Perpaduan mutakhir ini menjadi persoalan ramai, khususnya selepas wujud pelbagai tuduhan mengenai cubaan menggulingkan jentera pentadbir yang didakwa dikepalai blok pembangkang.

Komplot berkenaan dikatakan turut dibarisi Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak bersetuju dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Tuduhan itu bagaimanapun dinafikan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Katanya, MCA memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dakwaan oleh sebuah portal berbahasa Inggeris itu adalah sebuah laporan yang amat tidak berasas. - Getaran, 3 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Upacara Ketenteraan Pelengkap Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

4

Politik 3 bulan yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 13 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 11 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad