web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Johari Abdul Beri Warna Pada Dewan Rakyat

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 7:10AM

Johari Abdul - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejak dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat bermula 19 Disember 2022, kelibat Datuk Johari Abdul sering dinanti.

Ketegasannya mengendalikan sidang Parlimen ketika berdepan insiden ‘mencabar kesabaran’, dilihat ramai sebagai faktor yang membuatkan beliau paling menonjol jika mahu dibandingkan dengan barisan Speaker terdahulu.

 Sebagai seorang veteran yang sudah lama berkecimpung dalam arena politik, pengalaman luas dimiliki Johari yang pernah berada dalam blok pembangkang memberikan beliau kelebihan untuk bijak mengawal suasana, walaupun di saat kekecohan melanda.

Aura Penunduk

Johari berjaya mengawal suasana ketika Dewan Rakyat menjadi 'panas'.
Johari berjaya mengawal suasana ketika Dewan Rakyat menjadi 'panas'.

Menerusi beberapa persidangan Dewan Rakyat sebelum ini, dapat dilihat bagaimana beliau berjaya ‘menundukkan’ barisan Ahli Parlimen termasuk yang ‘kedegilannya’ begitu ketara.

Ketika Speaker lain sebelum ini kelihatan perlu ‘berhempas pulas’ mengawal suasana, Johari tampil dengan aura yang begitu berbeza.

Tempikannya dengan suara bak halilintar menyambar berjaya membuatkan Yang Berhormat mengalah, dan kembali duduk walaupun pada mulanya mereka kelihatan berkobar-kobar mahu mencelah.

Garangnya Johari bukan mainan, bahkan beliau tidak takut ‘mengancam’ Ahli Parlimen dengan tindakan mengikut peraturan Dewan jika mereka enggan mendengar kata.

Antara yang pernah berdepan ancaman sedemikian termasuk Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Wan Razali ketika sidang Dewan pada 15 Mac lalu mendakwa perarakan yang diadakan sempena sambutan Hari Wanita mengandungi unsur Lesbian, Gay, Biseksual, Transeksual dan Pelik (LGBTQ).

Beliau kemudian menarik semula kenyataan tersebut selepas Johari mengancam akan mengambil tindakan sekiranya semakan mendapati dakwaan dibuat Wan Razali itu tidak benar.

“Saya dengar di chamber tadi, adakah Kuantan pasti march itu adalah LGBT?

“Yang lain diam dulu, saya nak jawapan beliau terlebih dahulu. Itu sahaja. Are you sure? Saya nak tanya. Kalau sure, kata sure, kalau tidak kata tidak.

“Adakah perarakan itu  LGBT atau Women,” soalnya.

Wan Razali yang pada mulanya mengesahkan acara tersebut sebagai perarakan LGBT akhirnya bertindak menarik semula kenyataan berkenaan selepas ‘diugut’ Johari.

“Anda jawab pasti. Kalau saya check dan itu bukan LGBT, saya akan ambil tindakan terhadap anda,” tegasnya.

Sinis Dan Popular 

Suasana di dalam Dewan Rakyat ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan baru-baru ini. - Gambar dari Jabatan Penerangan
Suasana di dalam Dewan Rakyat ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab soalan baru-baru ini. - Gambar dari Jabatan Penerangan

Bukan hanya dianggap sebagai ‘garang’, mantan Ahli Parlimen Sungai Petani itu juga tidak bersikap pilih kasih, walaupun diketahui ramai beliau adalah ahli Perikatan Harapan (PH).

Kerap kali Johari dilihat bertempik ke arah blok kerajaan, apabila ada Ahli Parlimen dari kem terbabit enggan mematuhi arahan diberikan.

Antara yang pernah merasa tempikan beliau ialah Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan (AMANAH).

Mohd Sany Hamzan
Mohd Sany Hamzan

Bukan hanya ditempik, Mohd Sany juga pernah beberapa kali diberikan amaran apabila enggan mematuhi arahan diberikan Johari, iaitu untuk duduk dan memberi laluan kepada Ahli Parlimen meneruskan ucapan mengikut giliran.

Lebih menarik, Johari gemar menggunakan frasa ‘orang lama’ bagi menggambarkan sesuatu atau seseorang.

Antara ungkapan yang kerap digunakan ialah ‘batu ronson’ atau batu api, setiap kali ada Ahli Parlimen yang cuba menghangatkan suasana apabila berlaku kekecohan.

Speaker Kegemaran Rakyat

Gaya tersendiri Johari ketika mengendalikan sidang Dewan Rakyat itu nyata berhasil menarik perhatian rakyat.

Mereka berpendapat, memang ‘sajak’ beliau dipilih sebagai Speaker, memandangkan persidangan Dewan Rakyat mutakhir ini sering dicemari pelbagai kekecohan yang boleh dianggap sebagai memalukan.

Tingkah laku segelintir Ahli Parlimen yang terpekik terlolong membuatkan rakyat ‘mual’ apabila memikirkan, inikah kualiti pemimpin yang dipilih?

Namun, kehadiran Johari berhasil mengubah suasana.

Walaupun kadang kala situasi menjadi agak tidak terkawal, beliau pantas meredakan keadaan.

@luminews.my Replying to @kuih keria meletup You want more? We give you more. ? #luminewsmy #malaysia #news #parliament #speaker #johariabdul #parlimen #fypシ #fyp #tiktokmalaysia ♬ original sound - Lumi News Malaysia

Menerusi satu rakaman video yang memaparkan aksi Johari, majoriti netizen memuji ketegasan beliau  dan menyifatkan ia sebagai tepat pada masa.

Video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu menerima 442,000 tanda suka dan lebih 24,000 perkongsian.

Seorang netizen dikenali sebagai @Seagar berkata, Johari merupakan seorang Speaker yang amat berani.

“A very straight forward gutsy speaker. This is how a speaker should be. Excellent Sir. (Seorang Speaker yang berterus terang dan berani. Ini yang sepatutnya ada pada seorang Speaker. Terbaik Tuan),” katanya.

Wan Zariff pula berkata, Johari adalah antara Speaker terbaik pernah dimiliki Dewan Rakyat.

“One of the best speaker in parliament (antara Speaker terbaik di Parlimen),” ujarnya.

Pendapat senada turut disuarakan seorang pengguna dikenali sebagaiqq @Navina.

“One of the best speaker the Dewan ever had!! This is how u should manage a bunch of clowns that so call representing the rakyat (Antara Speaker terbaik pernah dimiliki Dewan! Ini yang patut anda lakukan apabila menguruskan sekumpulan badut yang dipanggil wakil rakyat),” katanya. - Getaran, 4 Mei 2023





 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah