web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pingat PNBB Bukti Keupayaan MALBATT Diiktiraf - Mohamad

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 7:08AM

Komander MALNATT 850-10, Kolonel Mohd Rizman Ramli (kanan) mendahului senarai penerima pingat dan semua anggota yang sedang bertugas di Lubnan. - Tangkap layar dari Twitter @tokmatn9

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penganugerahan pingat Perkhidmatan Negara Bangsa Bangsa Bersatu (PNBB) kepada anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-10 yang bertugas di Lubnan, kelmarin disifatkan sebagai satu pengiktirafan kepada keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penganugerahan tersebut adalah bukti kecemerlangan Kontinjen MALBATT.

Menurut beliau, ia juga adalah pengiktirafan terhadap komitmen tinggi yang ditunjukkan pasukan berkenaan, dalam menggalas tugas dah amanah sebagai pasukan pengaman di bawah misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), untuk membantu mengawal keselamatan dan kestabilan negara Lubnan.

Mohamad Hasan - Gambar fail
Mohamad Hasan - Gambar fail

“Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan rasa bangga saya kepada seluruh anggota Kontinjen MALBATT 850-10 di atas penganugerahan pingat PNBB.

“Ia juga merupakan suatu lagi bentuk pengiktirafan akan kemampuan anggota tentera kita yang sering diberi kepercayaan oleh PBB untuk menggalas tanggungjawab memeliharan keamanan sejagat,” katanya menerusi ciapan di Twitter, malam tadi.

Mohamad menyatakan demikian sebagai mengulas penganugerahan pingat PNBB kepada kontinjen negara di Lubnan, kelmarin.

Beliau menerusi ciapan sama turut mengucapkan tahniah kepada Komander MALNATT 850-10, Kolonel Mohd Rizman Ramli yang mendahului senarai penerima pingat dan semua anggota yang sedang bertugas di Lubnan.

“Anda bukan sahaja telah bertigas dengan cemerlang, tetapi telah turut mengharumkan nama ATM dan negara di persada antarabangsa.

“Saya doakan semoga keselamatan semua anggota Kontinjen MALBATT 850-10 sentiasa dalam peliharaan dan lindungan Allah SWT, Aamiin Ya Rabb,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Bahagian Hal Ehwal Awam Markas Angkatan Bersama dalam kenyataan memaklumkan, 

acara tersebut membabitkan 20 pegawai termasuk seorang Pegawai Awam Kementerian Pertahanan dan 250 anggota lain-lain pangkat (LLP).

Menurut jurucakap itu, ia turut membabitkan empat detasmen yang diketuai Timbalan Komander MALBATT 850-10, Leftenan Kolonel Mohd Faizul Azri Mohd Mudzari selaku ketua perbarisan.

Beliau dibantu Mejar Mohd Nuzulfitri Mohd Ghanimi.

“Ajutan  perbarisan pula adalah Kapten Nik Haqeeq Nik Hamdi dan Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan Pegawai Waran (PW) I Mohd Afandi Ramli,” katanya.  - Getaran, 4 Mei 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global