web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tetapkan Harga Tiket Penerbangan Musim Perayaan Sabah, Sarawak Berasaskan CSR - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 6:22PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu harga tiket penerbangan yang mahal itu telah dibincangkan pada peringkat Jemaah Menteri dan pelbagai usaha dilakukan Anwar Ibrahim dan Kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah itu - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PAPAR - Syarikat penerbangan wajar menetapkan harga tiket penerbangan musim perayaan Sabah dan Sarawak berdasarkan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan bukan permintaan dan penawaran semata-mata, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata isu harga tiket penerbangan yang mahal itu telah dibincangkan pada peringkat Jemaah Menteri dan pelbagai usaha dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah itu.

“Menteri Pengangkutan (Anthony Loke) telah berbincang dengan syarikat penerbangan supaya tidak menggunakan asas terhadap tiket penerbangan ini mengikut permintaan dan penawaran tetapi mesti ada unsur CSR kepadanya.

“Kita harap semasa perayaan mendatang, perkara ini diatasi segera dan kami amat prihatin terhadap masalah dihadapi terutama kos penerbangan rakyat Sabah dan Sarawak bekerja di Semenanjung. Kita akan lihat pada Pesta Kaamatan dan Hari Gawai nanti supaya masalah ini tidak timbul lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis ramah mesra MRSM Kota Kinabalu di sini yang kini dikenali MRSM Tan Sri Musa Aman, dan turut dihadiri Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ahmad Zahid berkata selain itu, mewujudkan syarikat penerbangan butik yang menghubungkan Semenanjung, Sabah dan Sarawak juga merupakan antara langkah yang mampu memastikan harga tiket penerbangan itu berada dalam kadar berpatutan.

Ditanya tentang cadangan Timbalan Ketua Menteri Sabah I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berhubung mewujudkan Autoriti Penerbangan Awam Borneo bagi mengawal selia industri penerbangan di Sabah dan Sarawak, beliau berkata perkara itu diharap dapat dibawa kepada perbincangan Jemaah Menteri.

“Berkaitan isu ini, saya harap menteri yang bertanggungjawab bagi Sabah dan Sarawak (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali) yang juga Ahli Parlimen Papar akan membawa isu ini ke Kabinet,” katanya.

Di KOTA KINABALU, ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Sabah di perkarangan bangunan parti itu hari ini, Ahmad Zahid menzahirkan keprihatinan terhadap rungutan rakyat Sabah dan Sarawak berhubung isu tiket penerbangan mahal itu.

Katanya beliau telah mendengar rungutan rakyat dari kedua-dua negeri berkenaan yang terpaksa pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri dengan tambang penerbangan mahal.

"Maka dalam hal ini, kita harap ia akan dapat memberi kemudahan dan memberi peluang kepada kumpulan B40 dan M40 yang mempunyai kewangan sangat terhad. Walaupun ada berkemampuan tetapi ada tanggungan dan banyak perbelanjaan dikeluarkan.

"Beri peluang kepada mereka untuk pulang ke kampung halaman di Sabah dan Sarawak dengan tambang murah," katanya yang meminta Kementerian Pengangkutan memberikan perhatian terhadap isu tersebut terutama ketika perayaan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai yang bakal tiba tidak lama lagi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 5 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad