web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Johor, Kerajaan Persekutuan Komited Pastikan Kelancaran Operasi Keluar Masuk Sempadan Negara

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2023 3:27PM

Onn Hafiz Ghazi menerima kunjungan Ruslin Jusoh di pejabatnya di Kota Iskandar hari ini - Gambar Facebook Onn Hafiz Ghazi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Struktur pentadbiran di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan CIQ Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam usaha memperbaiki tahap perkhidmatan di kedua-dua pintu keluar masuk laluan darat di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata perbincangan bersama pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) antara lain turut membangkitkan isu penambahan mesin pengimbas sinar-x bagi penumpang bas dan sistem pengurusan yang lebih efisien selain penambahan bas penumpang serta penguatkuasaan laluan bas.

"Syukur Alhamdulillah. Saya menerima kunjungan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh. Saya berterima kasih atas komitmen beliau dan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk terus memperbaiki lagi tahap perkhidmatan di BSI dan KSAB.

"Kerajaan Negeri sentiasa bersedia bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan kelancaran operasi keluar masuk sempadan negara. 

"Ini demi menjamin kesejahteraan rakyat dan pengembara serta meningkatkan imej Johor dan Malaysia di mata dunia," katanya menerusi hantaran di laman rasmi facebooknya hari ini.

Terdahulu beliau menerima kunjungan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Datuk Ruslin Jusoh di pejabatnya di Kota Iskandar hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Johor Mohammad Fazli Salleh dan Pengarah Jabatan Imigresen negeri Baharuddin Tahir. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka