web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jelajah Ikon MADANI Bukan Untuk Berpolitik - Mohammad Agus

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 May 2023 9:27PM

Dr Mohammad Agus Yusoff (dua, kiri) menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada pelajar asnaf pada Jelajah Ikon Madani hari ini. Turut hadir, Aznil Nawawi (kiri) serta Mohd Aizuddin Ghazali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

REMBAU - Jelajah Ikon Madani anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di enam universiti bukan medan berpolitik tetapi medium untuk menjelaskan dasar kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Malaysia Madani kepada mahasiswa.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata J-KOM dengan kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) berperanan menjelaskan serta mempertahankan dasar kerajaan, selain menghubungkan kerajaan dengan mahasiswa dan rakyat.

“J-KOM masuk ke universiti bukan untuk berpolitik, kami datang ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) atau mana-mana universti lain selepas ini adalah untuk menjelaskan dasar kerajaan, Malaysia Madani, bukan berkempen atau menyokong mana-mana parti, J-KOM tahu batas yang boleh dimainkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jelajah Ikon Madani di Kampus UiTM Rembau, di sini hari ini.

Program itu menampilkan pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi sebagai Ikon Madani dan juga dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN Datuk Aizuddin Ghazali.

Mohammad Agus turut menyerahkan sumbangan termasuk bantuan tunai dan keperluan asas, selain pemberian cermin mata percuma kepada 1,500 pelajar.

Katanya siri jelajah selepas ini akan ke universiti di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta turut merancang ke Sabah dan Sarawak.

Antara tokoh lain yang akan ditampilkan termasuk pakar kewangan Islam Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar; tokoh pendidikan Prof Emeritus Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar; Pengerusi Malaysia Airlines Berhad Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin serta legenda badminton Datuk Lee Chong Wei.

Sementara itu, Aznil berkata menerusi jelajah itu beliau dapat berkongsi pengalaman dalam industri media dan hiburan, selain berharap generasi muda lebih berkeyakinan serta bertamadun dalam menempuh kehidupan.

“Sebentar tadi saya juga berkongsi dengan anak-anak ini, kalau kita datang dari keluarga miskin, seperti saya dari keluarga miskin bandar, bukan bermakna kita akan berada di takuk itu selamanya, kita boleh mempertingkatkan mutu kehidupan dan keluarga. Keyakinan diri juga memainkan peranan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

'Mr H' Tidak Hadir Beri Keterangan Kerana Tidak Sihat - KPN

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Polis Akan Rakam Keterangan Mr H

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Video Tular : Polis Sahkan Terima Laporan Mohammad Agus

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Mohammad Agus Sahkan Hantar Surat Letak Jawatan Ketua Pengarah J-Kom

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 15 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka