web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Perlu Wajibkan Ketum Sebagai Dadah Berbahaya - MASAC

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 11:42AM

MASAC menggesa kerajaan mewartakan ketum sebaga dadah bagi membendung penagihan ketum, yang kini tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mewartakan ketum sebagai dadah di bawah jadual Akta Dadah Berbahaya (ADB) sebelum hujung tahun ini.

Setiausaha Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC), Raja Azizan Suhaimi berkata, langkah drastik tersebut adalah kritikal bagi menangani masalah penagihan ketum yang semakin bermaharajalela.

Menurut beliau, golongan penagih baharu atau ekspres tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, dan majoriti daripada mereka terbabit dengan penagihan ketum.

“Sudah tiba masanya untuk gejala pengambilan ketum ditangani secara serius dan tidak dipandang ringan oleh pihak berwajib.

“Ia adalah api dalam sekam yang akan membakar negara secara diam-diam, justeru ketum ini perlu digazetkan sebagai sejenis dadah,” katanya lewat malam tadi.

Raja Azizan berkata, Pusat Pemulihan Dadah Persendirian (PPDP) perlu digerakkan untuk mendaftarkan penagih ketum sebagai langkah intervensi awal.

“Sebelum ketum diwartakan di bawah ADB, boleh gunakan PPDP untuk mendaftarkan penagih ketum sebagai ‘in house patient’ atau ‘out patient’.

“Ini bagi membolehkan mereka mendapatkan rawatan secara ‘one off’  tanpa dihukum atau rekod jenayah, dengan menggunakan dana kerajaan,” katanya.

Beliau memberitahu, mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tanpa kemudahan PPDP boleh menerima dana untuk mengadakan program ceramah atau menyalurkan maklumat berhubung pengambilan air ketum.

“Ini khususnya untuk individu yang masih belum terlibat atau baru mahu berjinak mengambil bahan berkenaan,” katanya.

Jelas Raja Azizan, MASAC berharap Kementerian Kesihatan (KKM) dapat menyalurkan dana untuk membantu gerakan membasmi penyalah gunaan ketum yang dilaksanakan oleh NGO.

“Ini bagi tempoh dua tahun pertama sebelum ketum diwartakan sebagai dadah berbahaya.

“Menerusi dana tersebut, semua NGO terlibat boleh menggunakan kemudahan dan kepakaran KKM dari aspek perubatan untuk menyelesaikan permasalahan ini” katanya. - Getaran, 7 Mei 2023







 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka