web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PM Ucap Takziah Kematian Tan Sri Clifford, ‘Mendiang Beri Perkhidmatan Cemerlang’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 12:19PM

Mendiang Clifford F. Herbert. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuskan salam takziah susulan kematian mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Clifford F. Herbert.

Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, mendiang merupakan seorang pegawai yang baik dan memberikan perkhidmatan cemerlang kepada negara.

“Secara peribadi, saya akan terus mengingati jasa mendiang terhadap pembangunan negara khususnya pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Saya utus salam takziah buat keluarga mendiang, semoga mereka tabah hadapi dugaan ini,” katanya.

Mendiang Clifford menyertai sektor perkhidmatan awam pada tahun 1964 dan bertugas sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam sehingga 1968. 

Mendiang kemudiannya bertukar ke Kementerian Kewangan bermula dari tahun tahun 1975 hingga 1997 dan memangku tugas sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan. 

Beliau bersara dari Perkhidmatan Awam pada tahun 1997.

Dari 1994 hingga 2000, mendiang Clifford menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Lapangan Terbang Antarabangsa KL, dan terlibat secara langsung dengan pembinaan KLIA. - Getaran, 7 Mei 2023



 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 11 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 13 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini