web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Homeopati Tiada Kesan Sampingan, Tapi Dapatkan Daripada Pengamal Bertauliah - KKM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 May 2023 2:15PM

Majoriti ubat homeopati diperoleh dari sumber alam semula jadi dan mempunyai kandungan kimia amat rendah, malah ada yang bebas seratus peratus daripada bahan berkenaan. - Infografik dari Facebook KKM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai diingatkan hanya mendapatkan rawatan bagi perkhidmatan homeopati daripada pengamal berdaftar.

Jurucakap Kementerian Kesihatan berkata, homeopati adalah satu sistem terapeutik berasaskan kepada prinsip “Similia Similibus Curentur” atau Prinsip Keserupaan.

Menurut beliau, keistimewaan ubat homeopati adalah tiada kesan sampingan atau kesan ketagihan.

“Rawatan homeopati sudah bertapak di Malaysia sejak 1920-an lagi.

“Ia berfungsi sebagai rawatan pelengkap (komplementari) kepada perubatan moden untuk merawat sesuatu masalah kesihatan,” katanya menerusi infografik KKM di Facebook hari ini.

Jurucakap itu berkata, terdapat pelbagai masalah kesihatan tertentu yang boleh dirawat dengan homeopati, antaranya alergi, migrain dan kemurungan.

“Homeopati juga boleh membantu merawat masalah sindrom kelelahan kronik, sindrom prahaid dan rheumatoid arthritis.

“Orang ramai diminta melayari pautan https://hq.moh.gov.my/tcm/ms/index.php/awam untuk keterangan lanjut,” katanya.

Homeopati di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) sudah lama mendapat perhatian ramai, malah kursus berkaitan rawatan tersebut ditawarkan oleh pelbagai institusi pengajian tinggi.

Di India dan Pakistan pula, homeopati adalah antara sistem rawatan utama dan diiktiraf kerajaan kedua-dua negara.

Majoriti ubat homeopati diperoleh dari sumber alam semula jadi dan mempunyai kandungan kimia amat rendah, malah ada yang bebas seratus peratus daripada bahan berkenaan.

Kebanyakan ubat-ubatan homeopati diperbuat daripada bahan asli seperti akar kayu, kulit pokok, daun dan buah kayu atau bahan galian. - Getaran, 7 Mei 2023

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global