web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Artikel Jatuhkan Reputasi, HRD Corp Desak The Vibes Mohon Maaf

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 4:30PM

HRD Corp berkata, artikel bertajuk ‘Fresh Scandal Brewing at HR Ministry?’ yang disiarkan itu mengandungi dakwaan serius mengenai HRD Corp. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Portal The Vibes didesak memohon maaf kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp), susulan penerbitan satu artikel yang didakwa memberi kesan negatif ke atas nama baik perbadanan berkenaan.

Jurucakap HRD Corp berkata, artikel bertajuk ‘Fresh Scandal Brewing at HR Ministry?’ yang disiarkan pagi tadi itu mengandungi dakwaan serius mengenai HRD Corp.

Dakwa beliau, ia merujuk kepada kontrak dan proses perolehan inisiatif Pasport Kemahiran atau Skills Passport. 

“Artikel tersebut mengandungi kenyataan palsu dan fitnah yang telah menyebabkan kerosakan serius terhadap reputasi dan integriti HRD Corp.

“Pihak The Vibes tidak membuat sebarang percubaan untuk menghubungi HRD Corp untuk membolehkan kami memberikan jawapan kepada kenyataan yang salah sebelum menerbitkan artikel yang mengelirukan ini,” katanya hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas penerbitan sebuah artikel mengenai salah laku terkini yang didakwa sedang berlaku di Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Antara lain, artikel berkenaan mendakwa, Kementerian Kewangan (MoF) mengesan satu salah laku membabitkan kontrak perolehan bernilai antara RM53 sehingga RM159.47 juta setahun.

Ia didakwa melibatkan pegawai kanan di HRD Corp.

Jelas jurucakap itu, HRD Corp sentiasa komited untuk mengekalkan standard etika, ketelusan dan integriti tertinggi, justeru penerbitan artikel berkenaan amat mengecewakan.

“Ia tidak menggambarkan standard kewartawanan yang baik atau beretika daripada The Vibes,” katanya.

Dakwa jurucakap tersebut, semua perkara yang dinyatakan dalam surat berkenaan telah dijawab dan diselesaikan pada Mesyuarat Lembaga Pengarah HRD Corp. 

“Kami percaya bahawa kandungan surat itu dilindungi di bawah Aka Rahsia Rasmi (OSA) 1972 dan bukan untuk penglihatan awam dan penerbitan media.

“Kami tidak akan membiarkan dakwaan tidak berasas ini tidak dijawab dan kami akan mengambil tindakan yang perlu untuk mempertahankan reputasi dan melindungi kepentingan kami,” katanya.

Tegas jurucakap tersebut, HRD Corp telah mengarahkan peguam untuk memulakan tindakan undang-undang bagi memastikan penarikan balik artikel berkenaan dan permohonan maaf daripada "The Vibes".

“HRD Corp percaya bahawa keadaan ini mungkin membimbangkan orang ramai dan pihak berkepentingan HRD Corp, dan kami ingin memberi jaminan kepada semua bahawa HRD Corp akan menyelesaikan perkara ini secepat mungkin.

“Sebarang perkembangan dalam perkara ini akan kami maklumkan dari masa ke semasa,” katanya. - Getaran, 7 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

HRD Corp Catat Keuntungan Terkumpul RM389.95 Juta, Miliki Kedudukan Kewangan Yang Kukuh

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Audit HRD Corp: SPRM Kenal Pasti Bebeapa Individu Untuk Bantu Siasatan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Beberapa Pegawai Ditukar Dalam Pembersihan Kementerian Sumber Manusia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

HRD Corp Siasat Kebocoran Surat MoF Mengenai Inisiatif Pasport Kemahiran

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 13 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 11 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad