web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


HRD Corp Siasat Kebocoran Surat MoF Mengenai Inisiatif Pasport Kemahiran

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 9:00PM

Kebocoran surat yang ditulis oleh pegawai Kementerian Kewangan (MoF), telah menjejaskan integriti dan tadbir urus pengarah agensi itu. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) memulakan siasatan dalaman berhubung kebocoran surat kepada The Vibes terhadap dakwaan percanggahan dalam kontrak dan proses perolehan inisiatif Pasport Kemahiran atau Skills Passport.

Memo dalaman kepada Lembaga Pengarah HRD Corp daripada Pengerusinya, Datuk Rajasekharan Ramasamy berkata, laporan hari ini yang mengandungi maklumat berdasarkan kebocoran surat yang ditulis oleh pegawai Kementerian Kewangan (MoF), telah menjejaskan integriti dan tadbir urus pengarah agensi itu.

“Kami sedang menyiasat individu atau orang yang mengelirukan media dan memberitahu sebarang percubaan untuk mewujudkan persepsi negatif tentang pengarah, pasukan pengurusan dan semua pihak berkepentingan... yakinlah bahawa tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pelaku sambil mengekalkan ketelusan,” demikian menurut memo yang dikongsi dengan The Vibes.

Memo itu juga menggesa Lembaga Pengarah supaya tidak membuat kenyataan atau komen kepada media, orang ramai atau institusi lain, selain meminta mereka berhati-hati dan bersikap profesional dalam mengendalikan perkara tersebut.

Selain itu, memo itu memaklumkan, nasihat Menteri Sumber Manusia dan pemegang kepentingan utama yang lain sudah diminta, dan pengarah akan sentiasa dikemas kini mengenainya.

Sementara itu, Rajasekharan, ketika dihubungi The Vibes, enggan mengulas apabila ditanya mengenai laporan tersebut dan memaklumkan kenyataan media sudahpun dikeluarkan.

Susulan penerbitan laporan itu pagi tadi, jurucakap HRD Corp dalam satu kenyataan memaklumkan, perkara berkaitan inisiatif Pasport Kemahiran telah diselesaikan di peringkat Lembaga Pengarahnya.

“Perkara yang dimaklumkan dalam surat itu telah dijawab dan diselesaikan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah HRD Corp.

“Selain itu, kami percaya bahawa kandungan surat itu dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan tidak dimaksudkan untuk kegunaan awam dan penerbitan media,” katanya.

Surat bertarikh 10 April yang dipetik dalam laporan The Vibes menyatakan kebimbangan yang dibangkitkan MoF mengenai kelulusan Lembaga Pengarah HRD Corp terhadap inisiatif Pasport Kemahiran.

Bagaimanapun, surat MoF berkata, berdasarkan minit mesyuarat lembaga pengarah HRD Corp sebelum ini, kelulusan untuk inisiatif itu tidak pernah diminta, dan apa yang telah dibentangkan hanyalah kemas kini.

Surat itu juga menyatakan kekurangan kertas kerja yang dibentangkan kepada Lembaga Pengarah untuk mendapatkan keputusan, selain memaklumkan proses pelaksanaan dan perolehan bagi projek Pasport Kemahiran tidak teratur.

Perolehan program itu dikatakan bernilai antara RM53 juta hingga RM159.47 juta setahun.

Seorang pegawai kanan di HRD Corp yang juga menganggotai Lembaga Pengarahnya, dikatakan sebagai salah seorang yang mendalangi percubaan untuk mendapatkan kelulusan bagi inisiatif Pasport Kemahiran.

Isu menyelubungi inisiatif itu terbongkar selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pembantu yang dikaitkan dengan Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar baru-baru ini berhubung dakwaan rasuah melibatkan pengambilan pekerja asing.

Kenyataan Sivakumar turut diambil.

Minggu lalu, sumber memberitahu The Vibes bahawa pemberhentian lima pegawai yang dikaitkan dengan Sivakumar dilakukan di bawah arahan Ketua Setiausaha kementerian yang baru dilantik Datuk Seri Zaini Ujang, yang diberi mandat untuk membersihkan kementerian dan agensi berkaitannya. - The Vibes, 7 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

HRD Corp Catat Keuntungan Terkumpul RM389.95 Juta, Miliki Kedudukan Kewangan Yang Kukuh

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Audit HRD Corp: SPRM Kenal Pasti Bebeapa Individu Untuk Bantu Siasatan

3

Semasa 10 bulan yang lalu

KWSP Peruntuk RM97 Bilion Bagi Pelaburan Domestik Pada 2023 - MOF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Jaminan Kewangan Ditandatangani PM Dijangka Stabilkan Kedudukan Kewangan FELDA

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 13 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi