web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Yasin Diarah Dirujuk Ke Hospital Bahagia

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 5:31PM

Muhammad Yasin Sulaiman hari ini diarah untuk dirujuk ke Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan, Perak bagi menjalani pemerhatian berhubung keadaan mentalnya - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Penyanyi dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman hari ini diarah untuk dirujuk ke Hospital Bahagia di Tanjung Rambutan, Perak bagi menjalani pemerhatian berhubung keadaan mentalnya.

Perintah berkenaan dikeluarkan oleh Hakim Nik Nasimah Nik Mohammad di Mahkamah Sesyen 1 di sini.

Nik Nasimah membuat keputusan itu selepas menerima permohonan pasukan pembela.

Peguam Ariff Azami Hussein semasa membuat permohonan di bawah Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah   memberitahu, terdapat asas yang kuat untuk membenarkan Yasin menjalani pemeriksaan oleh pakar psikiatri bagi menentukan tahap kesihatan mentalnya.

Menurut beliau, pemerhatian juga perlu dibuat untuk menentukan sama ada penyanyi dan komposer itu layak dibicarakan sebagai pesalah yang normal.

“Ada lima laporan perubatan, yang antara lain mengesahkan sejarah kesihatan Yasin sebagai pesakit Bipolar Disorder Type 1 sejak 2007. 

“Semua laporan itu juga menunjukkan Yasin pernah diserang simptom manic yang boleh membahayakan diri,” katanya.

Mahkamah diberitahu, laporan terkini yang dikeluarkan oleh University Malaya Specialist Centre (UMSC) mengesahkan bahawa keadaan mental dan kesihatan Yasin semakin merosot sehingga boleh membahayakan nyawa.

Susulan permohonan, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini memaklumkan, pihak pendakwa tidak mempunyai sebarang bantahan dan menyerahkan kepada budi bicara mahkamah. 

Hakim Nik Nasimah kemudian menetapkan tarikh 23 Jun untuk mendengar laporan psikiatrik.

Selain Arif, Yasin yang pernah menanggotai kumpulan nasyid Brothers turut diwakili peguam, Nur’ain Shahiera Khalid. 

Prosiding hari ini turut dihadiri ahli keluarga terdekat beliau, termasuk anak perempuan dan adik beradik penyanyi berkenaan.

Mahkamah sebelum ini menetapkan tempoh selama 15 hari bermula 6 Mac lalu bagi proses perbicaraan.

Sepanjang prosiding, 10 saksi dijangka akan dipanggil oleh pasukan pendakwa bagi memberi keterangan.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Mimpi Laila' itu terlepas dari tali gantung, apabila pihak pendakwa pada 6 Julai tahun lalu menarik semula pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram.

Pertuduhan berkenaan diubah kepada memiliki dadah seberat 193.7 gram.

Kesalahan itu dilakukan pada jam 5.30 petang, 24 Mac tahun lalu di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini.

Susulan pertuduhan, Yasin berdepan pendakwaan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa kepada hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan. - Getaran, 8 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Yusoff Rawther Didakwa Edar Kanabis

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

4

Semasa 3 bulan yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 15 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 13 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad