web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Terbangkan Dron Tanpa Kelulusan Sepanjang SAREX LIMA 2023 - CAAM

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 7:00AM

Ia bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, khususnya melibatkan aspek keselamatan orang awam. - Gambar hiasan Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang awam dinasihatkan agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan sepanjang penganjuran Search and Rescue Exercise (SAREX) LIMA ‘23 bermula pada 9 hingga 11 Mei di Langkawi, Kedah. 

Jurucakap Pihak Berkuasa Penerbangan Awan Malaysia (CAAM) berkata, ia bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini, khususnya melibatkan aspek keselamatan orang awam.

Langkah itu juga jelas beliau, bagi melindungi pasukan penyelamat yang sedang melaksanakan latihan SAR di beberapa lokasi utama sekitar pulau peranginan tersebut.

“Penggunaan dron tanpa kelulusan juga dikhuatiri boleh mengganggu pergerakan latihan yang menggunakan aset udara khususnya helikopter,” katanya.

Tegas jurucakap itu, sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3).

“Perbuatan itu juga tertakluk kepada Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan Penerbangan Awam dan Civil Aviation Directives (CADs),” tegasnya.

Selepas empat tahun tidak diadakan, Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA'23) kembali diadakan tahun ini.

Sekitar 100 aset industri industri aeroangkasa dan maritim akan dipamerkan kepada pengunjung, sepanjang lima hari ia berlangsung.

Pengarah Eksekutif Alpine Solutions Sdn Bhd (Alpine), Muhammad Aqlan Pacleb dipetik sebagai berkata, 35 hingga 40 aset daripada industri maritim akan dipamerkan dan pengunjung dapat menyaksikan sendiri kemunculan 'istimewa' aset maritim.

Katanya, LIMA 2023 juga akan menyaksikan empat hingga lima pertunjukan udara, antaranya Sukhoi Russia, August 1st dari China, Black Eagles (Korea) dan The Jupiter Aerobatic (Indonesia), sekali gus mencatat sejarah sebagai persembahan aerobatik udara terbesar.

Sementara itu, Pengarah Urusan Alpine, Anita Jacobson berkata, pihaknya selaku penganjur LIMA 2023 menyasarkan kehadiran 45,000 pelawat perdagangan dan 250,000 pengunjung awam.

Jelas beliau, tiga hari pertama acara iaitu 23 hingga 25 Mei dikhususkan kepada pelawat perdagangan, manakala dua hari terakhir dibuka untuk pelawat awam menyaksikan pameran berkaitan aset pertahanan serta keselamatan negara.

LIMA 2023 yang bertemakan ‘Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia’ akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei.

Pameran kali ini membabitkan dua kementerian utama iaitu Kementerian Pertahanan (bagi Industri Pertahanan Maritim dan Aeroangkasa) dan Kementerian Pengangkutan (Industri Komersial Maritim dan Aeroangkasa).

Kali terakhir pameran dwitahunan itu diadakan adalah pada 2019, sebelum ia dihentikan buat sementara susulan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia. - Getaran, 9 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Dron Di Kawasan Persiapan, Sambutan Hari Kebangsaan Adalah Dilarang - CAAM

2

Semasa 1 tahun yang lalu

2 Lagi Mangsa Tragedi Kepala Air Dipercayai Masih Di Zon A & B

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Jenazah Mangsa Tragedi Kepala Air Jeram Mawar Tiba Di HSNZ

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tragedi Kepala Air: Operasi SAR Babitkan Radius 32 KM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 15 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'