web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wanita Maut Dibelasah Abang Kandung

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 12:32PM

Suspek ditahan sebaik sahaja polis menerima laporan dan direman sehingga semalam di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang gadis maut, dipercayai dibelasah abang kandungnya dalam satu insiden di Kota Kinabalu, Sabah, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Superintendan Mohd Zaidi Abdullah berkata, mangsa yang berusia 25 tahun ditemui berlumuran darah di bahagian muka oleh bapanya, sekitar jam 4.50 petang Khamis lepas.

Menurut beliau, gadis itu yang dijumpai dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri di kediamannya di Jalan Signal Hill, dibawa ke Hospital Queen Elizabeth II untuk menerima rawatan.

Bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 10.30 malam, Sabtu lalu selepas dirawat selama dua hari,” katanya hari ini.

Jelas Mohd Zaidi, bapa mangsa mengesyaki perbuatan itu dilakukan anak lelakinya, kerana hanya mereka berdua berada di rumah sewaktu kejadian.

“Suspek yang berusia 26 tahun ditahan sebaik sahaja polis menerima laporan dan direman sehingga semalam di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan.

“Polis turut merampas dua bentuk cincin yang dipercayai digunakan sebagai alat untuk memukul mangsa,” katanya.

Beliau memberitahu, saringan ujian air kencing bagaimanapun mendapati suspek negatif dadah.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada pertengkaran, malah kedua beradik itu dikatakan sering bergaduh selama ini,” katanya.

Susulan kematian mangsa, kes disiasat semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek boleh dikenakan hukuman mati jika sabit kesalahan. - Getaran, 9 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 13 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad