web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ya, Memang Mereka Sudah Dipecat - Sivakumar

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 May 2023 3:14PM

V. Sivakumar enggan mengulas lanjut dan memilih untuk tidak menjawab soalan ketika ditanya, siapa pihak yang mengeluarkan arahan pemecatan tersebut - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima pegawai Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah dipecat.

Mengesahkan perkara itu, menteri berkenaan, V. Sivakumar berkata, pemecatan tersebut dibuat bagi membersihkan nama dan imej kementerian yang telah tercemar.

Menurut beliau, ia juga bagi membolehkan kementerian dapat berfungsi dengan lancar dan baik.

“Memang ada (pemecatan) untuk memastikan kementerian dapat berfungsi dengan baik,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Kemuncak Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Bersama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC OSH Summit) 2023 di Bangi, hari ini. 

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya status dan perkembangan terkini skandal rasuah tersebut, yang melibatkan pengambilan pekerja asing.

Ahli Parlimen Batu Gajah dari DAP itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan memilih untuk tidak menjawab soalan ketika ditanya, siapa pihak yang mengeluarkan arahan pemecatan tersebut. 

Media sebelum ini melaporkan, lima pegawai kanan kementerian terbabit telah dipecat, manakala seorang lagi telah ditukarkan ke jabatan lain kerana dipercayai terlibat dalam skandal berkenaan.

Sumber memberitahu Getaran, satu keputusan drastik diambil ketika mesyuarat Kabinet minggu lalu, iaitu memecat beberapa pegawai kanan Sivakumar.

Jelas sumber, pemecatan tersebut adalah bukti bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku, khususnya yang berkaitan rasuah.

Kelima-lima individu berkenaan terdiri daripada tiga pegawai kanan, Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) dan seorang Pegawai Tugas-Tugas Khas sebelum ini digantung sementara, susulan siasatan SPRM. 

SPRM pada 17 April lalu mengesahkan telah pergi ke kediaman Sivakumar, sebagai sebahagian daripada proses siasatan.

Seorang pegawai kanan SPRM memberitahu The Vibes, ia adalah proses yang lazim dilakukan dalam mana-mana siasatan.

“Tiada serbuan dalam erti kata sebenar, hanya lawatan biasa. Tiada apa yang dramatik,” katanya. - Getaran, 9 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 13 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad