web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aksi Romantis PM, Isteri Menyentuh Hati, Buatkan Netizen Mengalir Air Mata

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 5:38PM

Aksi spontan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memeluk isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menarik perhatian ramai - Gambar Instagram Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aksi spontan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memeluk isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menarik perhatian ramai.

Ia dirakam ketika pasangan itu menghadiri sesi Tayangan Perdana filem Anwar: The Untold Story di ibu negara, malam tadi.

Foto tersebut kemudian dimuat naik Anwar di Instagram dengan kapsyen yang amat menyentuh hati.

“Kasih dan kekuatan seorang isteri dan ibu menyemarak obor perjuangan,” katanya, ringkas.

Menerusi foto berkenaan, Perdana Menteri turut dilihat mengucup dahi isterinya.

Juga kelihatan dalam foto adalah Datin Seri Hamidah Khamis, isteri kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tersenyum lebar melihat kemesraan pasangan dua sejoli itu.

Tinjauan Getaran di Instagram mendapati, hantaran tersebut menerima 33,326 tanda suka setakat jam 5 petang tadi.

Seorang netizen dikenali sebagai @izabakar mengakui, mengalirkan air mata melihat hantaran tersebut.

“I cry..Sosok suami yang penyayang, pemimpin yang amanah & disegani dan tentunya disayangi ramai. Jauh lebih hebat dari Mat Kilau movie pastinya. Ayuh!!” katanya.

@naemah_rafiqul pula meluahkan rasa hairan apabila masih ada rakyat yang membenci Perdana Menteri.

“Tak faham macam mana orang boleh benci. Semoga setiap apa yang DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) buat sentiasa dirahmati Allah,” katanya.

Seorang lagi netizen yang menggunakan akaun @4dibaazman pula berkata, Dr Wan Azizah ialah simbol seorang wanita sejati.

Dr Wan Azizah is a true symbol of a strong woman. May Allah protect both of you always (Dr Wan Azizah ialah simbol sebenar seorang wanita yang kuat. Semoga Allah melindungi kamu berdua sentiasa),” katanya.

Rohani Sulaiman pula berkata, Dr Wan Azizah ialah seorang wanita yang lemah lembut, tetapi cukup kuat dan tabah.

“Wanita yang lemah lembut tapi hebat & paling tabah. Kagum! Isteri pemimpin lain tidak melalui perjalanan yg berliku & keras seperti yang dilaluinya,” katanya.

Sementara itu menerusi satu hantaran berbeza, Perdana Menteri memuat naik video ringkas bagi mengucapkan selamat datang kepada kumpulan rock terkemuka British, Coldplay yang bakal mengadakan persembahan di ibu negara November nanti.

“Coldplay, Selamat Datang ke Malaysia.

Let us work together, protect our environment and keep the world safe. Terima Kasih,” katanya.

Hantaran tersebut setakat jam 5 petang menerima 25,889 tanda suka dan lebih 400 komen. - Getaran, 9 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 8 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 22 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka