web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mi Kari Putih Penang Ah Lai, Mi Ayam Special Indomie Selamat Dimakan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 5:56PM

Dua mi segera berkenaan sebelum ini ditarik semula dari pasaran kerana dikesan memgandungi ethylene oxide - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mi Kari Putih Penang Ah Lai dan Mi Segera Perisa Ayam Special jenama Indomie disahkan selamat untuk dimakan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, analisa makmal yang dijalankan ke atas sampel kedua-dua produk itu mendapati ia mematuhi perundangan yang ditetapkan.

Menurut beliau, dua mi segera berkenaan sebelum ini ditarik semula dari pasaran kerana dikesan memgandungi ethylene oxide.

“Bagi makanan yang dimport, Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan enam tahap pemeriksaan di pintu masuk berdasarkan risiko.

“Bagi pemeriksaan Tahap 5 iaitu Tahan, Uji dan Lepas (TUL), produk makanan yang masuk ke negara ini akan ditahan dan dianalisa terlebih dahulu,” katanya hari ini.

Jelas Dr Muhammad Radzi, hanya produk makanan yang mematuhi standard sahaja dilepaskan untuk dijual di pasaran Malaysia.

Katanya, sejumlah 317 pensampelan bagi tujuan TUL telah dijalankan sepanjang 2022 hingga April tahun ini.

“Daripada jumlah tersebut, 37 atau 11.67 peratus merupakan pensampelan TUL ke atas produk mi segera pelbagai jenama bagi parameter ethylene oxide.

“Bagi mana-mana produk yang didapati tidak memathi peraturan ditetapkan, KKM bekerjasama dengan syarikat terbabit untuk memastikan semua produk yang terlibat ditarik balik daripada pasaran,” katanya.

Tegas beliau, semua produk yang berada di pasaran tempatan telah melalui prosedur ditetapkan dan selamat untuk dimakan.

“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

“Orang ramai boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau melayari pautan http://moh.spab.gov.my atau laman facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq jika mempunyai sebarang kemusykilan,” katanya. – Getaran, 9 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Selera 1 tahun yang lalu

Tiga Bahan Tambahan Mudah Dan Seimbang Yang Anda Boleh Cuba Dalam Masakan Mi Segera

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Mi Segera Tetap Kegemaran Ramai Meski Terdapat Karsinogenik Dalam Produk Tertentu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 21 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 4 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah