web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia, Iran Fokus Keselamatan Siber, Usaha Bersepadu Banteras Jenayah

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 9:35PM

Saifuddin Nasution Ismail bersama Ali Asghar Mohammadi di Putrajaya hari ini - Gambar Facebook Saifuddin Nasution Ismail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aspek keselamatan siber dan usaha bersepadu membanteras jenayah adalah antara perkara yang dibincang pada pertemuan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama Duta Besar Iran ke Malaysia, Ali Asghar Mohammadi.

Menurut Saifuddin, pertemuan tersebut berlangsung di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

“Selain keselamatan siber, turut dibincangkan adalah usaha membanteras jenayah seperti sindiket penipuan atas talian dan sebagainya,” katanya.

Jelas beliau, pertemuan hari ini turut mengulangi komitmen ke arah permeteraian Memorandum Persefahaman International Transfer of Prisoners (ITOP) melibatkan kedua-dua negara.

“Selain itu, kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang turut disentuh serta menemui titik persefahaman yang cukup membantu dalam hubungan dua hala Kuala Lumpur-Tehran,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, hubungan Kuala Lumpur-Tehran terus kukuh dengan pelbagai rencana melibatkan perkongsian strategik dan usaha sama antara kedua buah negara.

Katanya, keakraban berkenaan semakin ketara dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Saudara Anwar seperti yang dikenali mempunyai hubungan cukup akrab dengan Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdoğan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kunjungan hormat dilakukan Duta Besar Turkiye, Emir Salim Yüksel ke pejabatnya hari ini.

Jelas Saifuddin, pertemuan tersebut membolehkan keduanya bertukar pendapat khususnya dalam isu berkaitan pengurusan pelarian, menangani ancaman pengganas dan ekstremis, isu rentas sempadan yang turut melibatkan aspek keselamatan serta kerjasama maritim.

“Saya dan TYT Emir Salim Yüksel juga secara prinsipnya bersetuju untuk menyegerakan usaha ke arah perjanjian persefahaman bagi pelbagai  isu keselamatan.

Saya turut menyambut baik penghargaan yang diberikan oleh Duta Türkiye terkait peranan Malaysia dalam memastikan keselamatan warga Türkiye yang berada di Malaysia sentiasa terjamin,” katanya. - Getaran, 9 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Filipina Akan Diterbangkan Ke Manila - Saifuddin

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 15 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 15 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini