web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rosmah Failkan Representasi, Masih Tunggu Jawapan AGC

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 May 2023 7:05AM

Rosmah Mansor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isteri mantan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor difahamkan telah memfailkan representasi kepada Pejabat Peguam Negara (AGC).

Menurut sumber, representasi itu berkaitan perbicaraan kes pengubahan wang haram dan pengelakan cukai yang didepaninya ketika ini.

Katanya, representasi adalah prosedur yang perlu dilakukan oleh mana-mana tertuduh jika mereka ingin memohon menarik balik atau mengurangkan pertuduhan dikenakan.

“Representasi itu difailkan pada 2 Mei lalu dan kami masih menanti jawapan balas AGC,” katanya kepada Getaran.

Peguam Rosmah, Datuk Geethan Ram Vincent ketika dihubungi mengesahkan maklumat tersebut.

“Ya, Datin Seri Rosmah ada memfailkan representasi,” katanya, ringkas.

Hakim Datuk K Muniandy di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tahun lalu menetapkan prosiding Rosmah akan berlangsung selama 15 hari, bermula Jumaat ini.

Isteri kepada Datuk Seri Najib Razak itu kini berdepan 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM7 juta.

Beliau juga berdepan pendakwaan atas lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Kesalahan tersebut didakwa didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di sini, antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017.

Kesalahan kedua pula didakwa dilakukan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, bermula 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Rosmah sebelum ini didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah melibatkan projek solar hibrid yang bernilai RM1.25 bilion.

Projek berkenaan sepatutnya memberi manfaat kepada 369 sekolah di luar bandar dan pedalaman Sarawak.

Untuk kesalahan itu, Hakim Mohamed Zaini pada 1 September lalu menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta ke atas beliau.

Rosmah juga diperintah menjalani hukuman penjara tambahan sebanyak 30 tahun jika gagal menjelaskan denda tersebut. - Getaran, 10 Mei 2023






 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 13 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah